BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 24, 2011

~~Kini ^__^ ~~

Dengan lafaz syurga Bismillahirrahmanirrahim...

Saban bulan, saban hari, saban saat.. mencari 'roda' waktu untuk menjelajah hidup.. Menghirup ketenangan yang Dia beri amat ana syukuri.. Alhamdulillah.. Melewati durratunmukminah ini ana membuang sawang yang kian didiami oleh 'Mr.Spiderman' erkk...hek3... Setelah diizinkanNya ana mencapai hasrat Mujahid Mujahidah Cinta ana yang ingin melihat anaknya mencapai kejayaan.. Namun buat mujahid mujahidah ana..

Kejayaan angah masih belum berhenti di sini.. penat lelah emak abah selama ini
mengajar angah erti kehidupan sebenar, erti tanggungjawab individu...

Usratie Habibati

Alhamdulillah inilah anak2 abah emak yang berjaya..kian membesar melangkah rona2 kehidupan.. Kami adik- beradik mengharap berjaya disamping sejuta doa kalian.. Allahu rabbi.. ana tidak pernah terfikir akan ana akan sampai ke jejak ini...

Mujahid Cinta: Angah pernah terfikir angah pernah sampai ke tahap ni??
Angah: Tak pernah abah.. yang angah kenal diri angah seorang anak yang sangat malas membaca buku..hanya maiiinnn je kejenyer...hek3..
Mujahid Cintaku tertawa..ngeh3..
Paling tidak lupa apabila tidur Mujahidah Cinta ana senyap masuk bilik ana dan bacakan sesuatu diumbun2 ana..Kemudian disapu2 umbun ana.. Kasih seorang ibu.. Alhamdulillah...
Kini sebagai graduan.. ana mesti bersedia mental dan fizikal untuk berhadapan dengan masyarakat.. membantu masyarakat.. tambah2 lagi ana mencungkil pengalaman mengajar dibeberapa sekolah.. Sekolah lain maka suasana pun lain.. Banyak perkara baru ana belajar... Walau tidak ambil lagi kursus KLPI J-Qaf, ana mengantikan guru J-Qaf yang bersalin.. memang memerlukan persediaan mental dan fizikal yang kuat.. kerana ramai lagi anak2 Muslim kite ktandusan ilmu Islam.. Tidak tahu mengeja jawi, lidah keras untuk menyebut kalamullah.. Allahu rabbi..janganlah dibiarkan generasi Islam kita hanya Islam pada nama IC..but thier soul perlu mantap dalam haruman Islam..

Mengajar kerana Allah..

Sabtu
11.59 P.M
24 Sept 2011 / 26 Syawal 1432

Saturday, January 8, 2011

~:Jom Pakat Mengembara Ilmu:~


Forum Budaya Kembara Ilmu
Tempat : Masjid UniSZA, Terengganu.
Moderator :Dr. Syed Hadzrul Lutfi
Panel :
Ustaz Azhar (Pensyarah UniSZA & Pengerusi Pusat Islam UniSZA)
Ustaz Mohamad Fauzi Mustafa (Duta Produk Jus Tok Guru)
Ustaz Shukri Harun (Consultan Program Motivasi)
* Moderator & Panel adalah bekas pelajar KUSZA- Alhamdulillah

Dalam mengembara ilmu mesti ada jalan, perlu ada pengorbanan.

Di dalam surah Anbiya’ yang bermaksud :
Hendaklah kita bertanya orang yang `alim sekiranya kamu tidak tahu.

Kita perlu berhijrah merujuk kepada orang yang berilmu untuk mendapat ilmu.

Almarhum Muhammad Nasir menyebut 4 perkara yang boleh menyekat Islam dari kemajuan..

1. Ketandusan idea..Tiada pemikiran, malah tandus dari ilmu
Zaman sekarang ‘glamour’ dengan Facebook malah Twitter bermaharajalela.. Tahu ke kita pencipta Facebook umur berapa? Umur 26 tahun tuan-tuan puan-puan sekalian.. Lihat seorang anak muda yang ada kemahiran..ada ilmu..die berjaya mencipta suatu melibatkan IT ..Apakah ilmu dan kemahiran kita? Jom pakat kembara ilmu..

2. Saling bermusuhan.
Kita nak dapat ilmu mesti bina hubungan yang kuat.. Orang yang mukmin membina hubungan dalam 5 perkara :
•Dengan orang kafir. Meskipun berlainan agama tetapi tidak wajib kita memerangi mereka sehingga diri kita terancam. Dengan mengembara ilmu kita dapat mengetahui cara ajaran mereka yang berlainan. Tahu menilai baik buruk.
•Dengan Muslim. Hablum minallah wa hablum minannas. Sentiasa bertukar pendapat..bermuzakarah.. Dengan mencari ilmu pelbagai cara dapat kita lakukan.
•Dengan munafik. Kita membina hubungan dengannya bukan kita ikut sekali munafik.. Tetapi dengan ilmu yang ada kita cuba rapat dengan golongan ini agar kita dapat mengubah seseorang dari jahat kepada baik.. yang baik menjadi lebih baik.
•Syaitan. Dengan sumpahan syaithan yang akan menyesatkan Kaum Adam. Orang mukmin pasti menjauhi akan gelora daripada pujukan syaitahn.. Kerana berangsiapa yang berilmu maka dia bertaqwa. Takutkan Allah. Azab Allah yang memang pastinya berlaku
•Nafsu. Orang mukmin tahu mengawal nafsu yang pastinya agar su`bah (susah) untuk kita melawan.

3. Bila manusia tidak hargai diri.
Kita cari pengalaman. Pengalaman mengajar kita menghargai diri. Luang masa dengan berfaedah. Hargai nafas nyawa yang Allah beri kita untuk ape?

كونوا رباني

Kata At-Tabrani orang yang Rabbani adalah orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.
Kata Ar-Rawi pula orang yang ada ilmu kenal Allah.

Memang tidak kita nak bandingkan diri kita dengan ulama`-ulama` terdahulu. Malah ahli falsafah. Kekuatan mereka dalam mengembara ilmu lebih mencabar..lebih hebat berbanding kita. Subhanallah.

Imam Nawawi terlalu banyak ilmu tetapi sayangnya beliau meninggal pada usia yang muda dalam lingkungan 40 tahun. Tetapi beliau menghargai umurnya dengan mencari ilmu.

Dalam surah Al-Ahzab ayat 67-68 :
“Dan mereka berkata, “Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menaati para pemimpin dan para pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar”.

Jangan hanya ikut tetapi tiada ilmu..Masuk universiti jangan hanya sekadar masuk. Tetapi cari ilmu. Bukan cari dalam kelas je. Cari tuan guru untuk tambah ilmu.

Sekarang orang banyak tanya..

Universiti mane nak? Belaja mane nak

Orang tak da pla tanya..

Belajar tentang ape? Ilmu banyak ke..

Budaya macamner kita nak wujudkan supaya anak-anak muda sekarang agar mengembara ilmu??

 Persepsi ulama` dan manusia sekarang?
“Hanya yang takut pada Allah sahaja orang yang mempunyai ilmu”
Wanita sekarang pandai bermake up.
“Eh, kejap lagila solat nanti habis make up ni. Membazir je”
Sehinggakan nak jaga make up muka yang tebal berapa inci. Masyallah.
Imam Syafi’i dahulu mempunyai 1/3 ilmu, 1/3 solat, 1/3 tidur. Lihat, betapa hebat ulama` dahulu berbanding kita manusia masa sekarang.

 Budaya ilmu orang terpelajar mesti berlapang dada.
Imam Shafi’i anak muridnya Imam Ahmad Hanbal walaupun membuka lembaran baru namun masih mengekalkan ilmu tuan gurunya.

الإمام كشمس للدنيا

Imam itu seperti matahari kepada dunia. Tanpa mereka bermakna tanpa matahari maka gelaplah dunia ini. Betapa berharganya nilai mereka sehingga dianggap sedemikian. Subhanallah.

Amalkan sunnah Nabi.
العلماء ورثة الأنبياء

Budaya terus menerus berguru dan belajarImam Ahmad Hambal banyak ilmu tetapi masih berguru mencari ilmu.
العلم في الصدور

Budaya berkarya..Budaya menyelidik..Imam Bukhari menyusun beribu hadithnya selama 16 tahun. Begitu semangat beliau menyusun.

Manakala Imam Muslim mengambil masa 15 tahun nak menyusun hadith beliau. Bayangkan betapa bermujahadah mereka, pengorbanan mereka terkesan sehingga kini. Masih lagi ilmu mereka kita jadikan rujukan. Walaupun mereka sudah meninggalkan dunia namun ilmu mereka masih hidup.

Budaya ambil tahu isu semasa.
Ahmad Bin Hambal berhadapan dengan masalah isu semasa.
Imam Syafi’i berhadapan dengan golongan anti-hadith.
Betapa mereka diperlukan atas sebab kesan mengembara ilmu mereka dapat mengawal keadaan – keadaan tersebut.

Jangan mengampu.
Yang dimaksudkan disini hendak apa-apa buat baik dahulu pula.

Muslimin muslimat, macam mana sekali pun tingginya ilmu yang kita perolehi dekatkanlah diri kepada Allah. Jaga komunikasi. Kerana komunikasi orang yang tinggi ilmu berbeza dengan sebaliknya. Dalam ilmu yang kita pelajari perlukan penghayatan. Tiada guna ilmu yang ada tetapi penghayatan tiada malah akhlak rendah.

العلم لخشية الله

Ilmu itu untuk ketaqwaan kepada Allah. Rajin pergi perpustakaan. Pergi sana cari ilmu. Pergi majlis/ program kerohanian cari ilmu.

Nak ajar orang mesti ada ….?
 Mesti ada ilmu.
 Mesti ada hujah.
 Mesti bermujahadah
Imam Ali Talib duduk dihadapan setiap kali majlis ilmu. Kita adakah di hadapan?

Asma Abu Bakar menghantar makanan kepada Nabi di Gua dalam keadaan hamil 7 bulan.

 Mesti ada uslub dakwah.
Cukuplah anda berkhidmat kepada insan lain ^^v

Selamat Bermujahadah (^__^)

~Hurul Jannah~
08 Januari 2010 / 3 Safar 1432