BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 27, 2012

Rentak Kita >.<

Dengan lafaz syurga~ Bismillahirrahmanirrahim...

Sekian lama menyepi bukanlah hilang.. bukan diri yang sepi tetapi lappy yang beragam-ragam hii~

Alhamdulillah kini sudah masuk 7 bulan berhadapan dengan masyarakat cilik cerdas cergas cheeseeee~ 

Meskipun masih dalam latihan..pengalaman yang pernah dilalui mengajar erti kehidupan bahawa tiada rentak kaki yang bergerak tiada kemanalah kita...Disitu jugalah kita.. Kereta motor keretapi pun ada landasan untuk bergerak.. Kalau ada saje roda tapi tidak guna..tidak perlu susah susah pasang roda kan ;')


Anak-anak didik yang banyak ragam adalah pengajaran dan ujian iman buat ana untuk hadapinya.. Adakalanya telatah mereka melucukan hati.. Pengubat geram.. Mereka la cuka mereka jugala gula hik3.. Terlintas dimasa akan datang anak yang bakal menyeri hidup bahagia ana nanti mungkin lagi banyak ragam. Kalau anak murid setengah hari je jumpa tapi anak sendiri nanti setiap saat di sisi.. 

Fikir~ fikir tarbiyah apa yang kita dibentuk itu la hasil didikan anak kelak.. Anak Durratun Mukminah mesti hebat di mata Allah akan akhlak budinya agamanya.. Sentiasa menjadikan Rasulullah menjadi kekasihnya.. Allahu Akbar tinggi impian ana.. Moga ana kuat untuk hadapi semua..Juga moga dipermudahkan segalanya..


~Hurul Jannah~
09:10 PM
7 Ramadhan 1423H