BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 22, 2010

:~C!nTa DosA MengHalanG HidaYaH~:

Duhai teman...

Disaat ana menulis surat ini, ianya betul-betul menerjah di pondok hati kecil ana. Hayatilah apa yang ingin ana sampaikan, buat renungan hati-hati mahu mentaati.

Betapa pilu menatapi sebuah kehidupan di kesenjaan malam keseorangan tanpa cucuran hujan wahyu dari langit cinta Ilahi. Betapa tega menyelami masin lautan duniawi bersendirian tanpa benih kasih hakiki tertanam di tanah subur. Menanti penuh berhati-hati, bimbang tertusuk belati meracuni.

Indah menderap kaki di pentas membulu ini.

Melambung tinggi ombak menghempas dada longlai di arus kegilaan. Hiasan cantik mengelabui mata di sebalik tembok sempadan al-Haq. Menanti kunjung maut sendu malang di persimpangan membebalkan. Cinta dunia adalah keutamaan, tiada lagi nilai tangisan taubat meratapi pemergian jasad dikasih.

Hanya berbekal kenikmatan sementara, merintis bahagia di kepuraan.

Hakikat ini semacam sudah tradisi dalam perjalanan hidup para pencari kesenangan fana, mengadai mampu dan kudrat hingga melupai tujuan asal sebelum dimatikan dari salah satu perjalanan manusia bergelar, al-Insan.

Ingatlah teman, dunia sentiasa ‘kenyang’ memakan manusia malang.

Kita sudah lupa agaknya, pendakwah yang datang berdagang, bukan sahaja membawa dagangan jasmani tetapi juga dagangan rohani. Diperhalusi keadaan ketika berkembangnya agama di Nusantara, budaya bercerita turut dibawa bersama. Kita mesti memberikan ilmu, pimpinan, panduan, kemahiran kepada orang di sekeliling kita.

Jangan bakhil menabur kebaikan.

Dengan perkembangan minda manusia, pembukusan berlebihan ini dirasakan tidak diperlukan lagi sekarang, kerana penyampai dan penerima telah mencapai tahap pemikiran yang bersedia membuat pindahan dengan cara yang lebih berkesan. Bagaimanapun, sebagai warisan ia adalah sesuatu yang tidak patut dipinggirkan.

Di kala itu, inilah salah satu cara terbaik berdakwah santai, menerapkan cerita-cerita cereka dengan natijah khusus yang bermakna, untuk menjadi ingatan dan pedoman kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya. Berkembanglah hikayat cerita lama yang berkesan menerjah ke arah minda, yang hanya memerlukan suasana biasa.

Usahlah mengenang kembali kisah Pak Pandir, kalah minda melakonkan.

Mereka terus dibuai dengan kepercayaan bahawa apa yang ada pada mereka adalah itulah yang sebenarnya, tanpa mahu menjalankan ujian kepada kepercayaan yang mereka pegang, atau bergerak mencari pembuktian kepada kepercayaan yang mereka anuti.

Mereka inilah yang akan rugi, kerana yang datang secara terus akan memantul dan yang datang secara sipi akan terus menyepi kesunyian.

Dunia menang, namun air mata manusia makin bergelinang.

Mereka rasa bukan untuk mereka.

Percayalah, memberi kepada orang lain samalah seperti memberi kepada diri sendiri. Kita menghargai walaupun tiada nilai di pandangan manusiawi. Penangannya, sama seperti menyarung kalungan bunga mawar di kepala, pesona baunya tetap utuh biarpun bunganya luput di pandangan mata.

Aduh…

Terasa diri amat kurang memberi. Pemberian Allah Taala teramat banyak, tidak terhitung. Namun diri ini terlalu kurang memberi, mungkin kerana mendahulukan kehendak yang tidak pernah puas. Dunia makin tua, usia makin berkurangan, makin pendek tapi memberi makin kurang.

Allah Taala berfirman:

Bermaksud: “Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun. Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik)” as-Syuaara’ (26:88-89)

Ini semunya adalah bekisar tentang kaedah, dan cara penyampaian berhikmah.

Manusia tetap manusia, andai tiada disaluti kain keimanan. Membias dari kebiasaan. Ironinya, cinta diberi pada pusara yang digali makin membesar. Pasrah di kala senja membaringkan badan, menutupi sebuah impian. Impian sudah mulai kabur, cinta tidak lagi laku. Memberi tiada pula sudi menerima.

Irama syahdu mengiringi jasad ke pusara. Tiada lagi berteman, hanya saham di dunia pada kebaikan akan menjadi perisai dan pedinding kalis hentaman kuat Raqib wa ‘Atib. Dan hakikat itu, pastinya tidak dapat kita singkap dengan akal kita yang sejengkal berbanding dengan ilmu Allah Taala Maha luas.

Dia sedar bahawa kelebihan yang diberikan kepadanya untuk menungani cinta ‘pahala’, hakikatnya, adalah satu amanah daripada Allah Taala yang mempunyai maksud tertentu untuk difahami dan dilaksanakannya. Dia telah gagal memikul amanah ini, mengkhianati pemberian ikhlas-Nya ini.

Tiada siapa lagi mempercayai kelebihan dimilikinya, kerana dia sudah terpenjara oleh kenikmatan cinta dunia sementara. Rasa belum cukup puas dengan apa yang ada dan terus haloba dengan apa yang tiada. Mencari dan terus mencari.

Oleh itu, berhati-hatilah melayarkan bahtera hati, agar tidak karam di tengah lautan samudera duniawi.

Bacalah surat cinta ini, dan dalami seadanya.

amiiin..

~Hurul Jannah~
01.23 Tengahari
23 Julai 2010/ 11 Syaaban 1431

Friday, July 9, 2010

~Jom Masak Berlap!s-lap!s~


Kek Lapis

Bahan-Bahan:
BAHAN A
30 biji kuning telur
5 biji putih telur
300gm gula kastor
250 gm tepung hong kong
1 sudu makan ovallete
3 auns air ais (air sejuk)

BAHAN B
540gm mentega
4 sudu makan susu pekat manis
1 tin besar seri kaya
1 sudu teh lemon oil

pewarna merah, hijau dan coklat

CARA MEMBUATNYA: MySpace

1. Pukul semua bahan A hingga kembang dan pekat. (Ketepikan dulu) Pukul Bahan B hingga putih. Campurkan kedua-dua adunan dan gaul hingga rata.

2. Ambil 4 senduk besar, warnakan dengan coklat. Gunakan 2 acuan 8 ½ X 8½ x 1 inci setiap acuan. Bakar warna hijau atau warna ape-ape ikut pilihan hati hingga masak, kemudian lapiskan dengan yang warna coklat dan bakar hingga masak dan akhir sekali lapiskan warna merah dan bakar hingga masak.

3. Sejukkan sebentar. Gunakan satu acuan 8 ½ X 8½ x 4 inci untuk melapis adunan yang selebihnya.

4. Ambil 4 sudu makan adunan dan bakar hingga masak. Kemudian susun kek yang telah dipotong tadi. Ambil lagi 4 sudu makan adunan dan ratakan diatas kek yang telah disusun tadi. Kemudian bakar hingga masak. Apabila sudah masak lapiskan lagi sebanyak 4 sudu makan.

5. Apabila sudah masak, susun kek yang telah dipotong segi tiga, ambil 4 sudu makan adunan tadi dan ratakan di atas kek yang disusun. Ulangi proses ini sehingga habis tau.

p/s: Mizan nanti bagi Kak Zila baca ek... Syukran
Kak Zila,nak wat kek lapis ni memerlukan kesabaran yang tinggi hihi~ kat sini wat tiga warna..tapi ikut akak nak wat 2 warna atau berapa. Janji mesti berlapis..MySpace
Agak penat dan mencabar tapi memang best... MySpace

Selamat Mencuba..MySpace

~Hurul Jannah~
06.46 P.m
09 Julai 2010 / 26 Rejab 1431

Wednesday, July 7, 2010

Beberapa Hari Sebelum Melangkah T_T

Malam ni kite pergi Giant

Dengar je bab jalan telinga ni macam ada aliran refleks hihihihi...Suka berjalan lalala... Dalam kereta yang sejuk dengan aircond mudah mengantukkan mata ana..

Ish..nak jalan ni apesal la mata ni berat pula...

Angah nak beli apa?? Ha ada durian tu...

Dari kuyu mata melonjak mata ni dengan panggilan abah Mujahid Cintaku. Abah tunjuk longgokan durian disebuah pasar malam. Sangat suka hiii~ Ana memang tunggu pemberian je. Tidak suka meminta..Kata orang memberi lebih Afdhal dari meminta.

Kite beli la..nanti angah nak balik Terengganu dah..Tak sempat nak merasa...

Sangat terharu luahan kata abah. Beli 2 bungkus durian..wah banyak-banyak..banyak suka..hihihi..Sampai kat Giant.. Emak Mujahadah Cintaku pula tanya..

Angah nak beli ape??
Ape emak ambil angah suka je...

Ana ambil cendawan untuk ana masak cendawan goreng nanti... Famly memang suka makan.. So ana masakkan...Abah ambil aiskrim Walls yang kecik molek..Emak ambil aiskrim bekas besar..Wah berentap kegemaran masing-masing hihi..

Angah nak apa-apa lagi??
Ha..angah nak ketam ek?? Udang nak??



Seafood is favorite.. Masak lemak memang layan~
Habis je membeli belah...nak pulang rumah...

Jom kite pergi makan roti arab...

Lagi melonjak ana nak tahu dekat mana gerai roti arab itu. Wah memang malam yang indah bersama parent tercinta. Bagai minyak ditatang penuh. Inilah masa ana nak bersama Usrati. Lepas ini berjihad di Terengganu bukan selalu dapat balik. Setahun 2 atau 3 kali baru dapat balik..So lepas rindu di Ipoh...Disebalik imbasan itu, ana tahu harapan mereka terhadap ana amat tinggi. Mujahid Cinta sanggup buat apa sahaja demi kegembiraan anaknya...Angah sayang sangat kat Emak Abah..Muaaah

Sampai dekat gerai roti arab. Ana tertunggu-tunggu macam mana pengisian roti arab tu hihi..

So simple..tapi banyak sedap ditambah dengan kuah kari..Boleh cuba buat sendiri pula nih (Monolog diri). Sambil makan sambil mengharukan. Rasa macam tak nak balik je Unisza tu..Tapi niat dah tanam dengan semangat teruskan jua..

Kepada sahabat-sahabat hargailah masa bersama keluarga. Andai mereka tiada disisi kita lagi baru menyesal, baru rindu sangat..



~Hurul Jannah~
10.06 Pm
7 Julai 2010 / 24 Rejab 1431