BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 25, 2010

أشهد أن لا إله إلا الله...

Begitu pantas kau lalui.. Detik titik-titik angka yang tersusun dikamarmu dilalui..Tiap detik kau dilangkaui kadang-kadang tidak pasti ..tidak sedar apa yang kita lakukan.. Insan yang tidak menghargaimu pasti rugi seumur hidupnya.. Untungnya disebalikmu.. Mahalnya hargamu..


Allah berfirman : Demi masa. Sesungguhnya, manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling mengingati untuk kesabaran.

Itulah masa.. Masa yang sekarang detiknya seperti air.. Baru buka laptop (buka laptop pun ambil masa yang lama..ish..) Tambah lagi sekarang ana dalam berjuang final exam.. Dari hari Isnin sampai hari khamis deret je exam.. Kepala sakit berpusing dengan mata-mata sekali berpusing.. Memang perit nak lalui jihad ni.. Belum lagi jihad peperangan yang Nabi S.A.W serta sahabatnya terdahulu lalui.. Silap-silap mata ana ni pun boleh ketar.. Macam mana tu ek?(^ ^)

Laju laluan masa tup tup.. dah berapa paper terbang dijawab..
Masa berganti masa dalam detik exam ni..

Zaaap!!

Ana juga dikejutkan dengan berita seorang Serikandi tempat ana menadah ilmu masuk Islam.. Meremang mendengar tambah lagi serikandi tersebut terus memakai purdah.

Masyallah..Alhamdulillah…

Allah..

Nikmat hidayah yang Pemilik nyawa kita tidak pernah putus-putus memberi peluang hatta sekalipun dikalangan orang kafir. Serikandi tersebut telah menemui kebenaran Islam yang selama ni dicari-cari.. Akhirnya dia jumpa dan terus masuk Islam tanpa diketahui oleh keluarganya di Sarawak.. Sejuk melihat si pemakai berlitup penuh..

Bukan nak kata.. Ana nasihat pada sahabat-sahabat ana juga pada diri ana juga. Orang kafir yang masuk Islam pun dah cari kebenaran dan dia jaga semua auratnya tetapi malu ana rasakan.. Muslimin muslimat yang sudah lama dan lahir dengan darah Islam juga tidak mencapai lagi tahap yang menjumpai kebenaran tu.. Aurat, pergaulan dan pelbagai lagi.. Serikandi tersebut menjaga aurat penuhnya tambah lagi tangannnya dengan memakai sarung lengan.. Ana dengar dari sahabat-sahabat merasa takjub yang teramat sangat..

Pintu hidayah terbuka bila-bila sahaja Allah kehendaki.. Muhasabah hati ana.. Tidak terucap kata-kata. Hanya mampu menangis dalam hati tanda kesyukuran padaNya.. Ingatlah Muslimin Muslimat.. Kita di dunia sentiasa dilahirkan dengan kemewahan dunia sebenarnya tidak mencapai lagi kemewahan akhirat.. Tidak tahu samada kita capai atau tidak lagi. Kebenarannya apa yang kita lakukan di dunia terutama seorang wanita yang tidak menjaga auratnya, ayah kita sahabat..Ayah yang sentiasa bersama kita suka duka tapi Ayah kita yang diseksa.. Disebabkan dosa kita ayah kita kena seksa azab yang pedih.. Sayang ke kamu pada ayah sendiri??

Tahap mana kamu sayang ibubapa jika kamu sendiri menempah azab buat ibubapa kamu sendiri. Besarnya tanggungjawab sebagai seorang ayah.. Kita muslimat jagalah.. Mahal dirimu.. Tak lama lagi dah kita nak capai tempat yang abadi sana..

Thursday, April 8, 2010

Suaramu...

Bismillahirrahmanirrahim...

Melewati Isya' semalam ana melangkah keluar kelas.. Selesai menjawab test Metodologi Pendalilan Ilmu Kalam.. Alhamdulillah...Dengan sabar ana menjawab ditambah pula berperang dengan sakit yang singgah ditubuhku. Ya Allah, kuatnya ujian untuk sampai jalan jihadMu.. Tika jawab test, Ana cuba mampu mengenggam pen yang hanya tulis beberapa kalimah arab je..Segala usaha hafalanku juga hilang terbang ntah kemana.. Berat sangat rasanya kesakitan. Ana hadirkan Allah dalam hati ana. Ana tak kuat. Dengan belas kasih sahabat-sahabat, mereka tolong ana bagi jawapan sedikit.. Terimakasih sahabat. Terimakasih Ya Allah.. Kau hadirkan juga sahabat yang amat memahami diriku..

Pulang ana ke hostel macam ada yang tak kena dalam jiwa ana.. Lihat lautan langit yang cuma beberapa kurang dikunjungi bintang.. Dengan sakit yang tidak kebah-kebah lagi, jiwa ana terusik, terpanggil-panggil untuk hubungi Mujahidah Cinta ana.. Ana call suara itu yang ana rindu sangat..Saat terdengar je suara itu, airmata ana berombak-ombak dimata..

Assalamualaikum...Ye angah anak emak..
Wa'alaikumussalam.. Rindu sangat kat emak.. Lama tak dengar suara emak..


Terus terpacul kerinduan ana pada emak sampai khabar pun tak sempat lagi ditanya hihihi..Macam -macam ana berbual dengan emak.. Sampai sakit yang dirasai berkurangan..

Emak, angah nak final exam dah.. Emak doakan angah ye..

Ye..Emak selalu doakan. Kenapa suara anak emak lemah??


Eherm2 ana perbetulkan suara ana bagi hilang kemusyikalan fikirannya..
Ana tukar topik..

Emak, tadi angah dapat anugerah dekan..

Yeke.. Tahniah angah..Angah kena kuat..


Emak macam tahu je ana sedang lemah. Betullah naluri ibu itu kuat memahami anaknya. Adakala tidak pernah tersingkap dasar fikiran kita akan apa yang terbuku dihati ibu kita..Tapi begitulah kaya ibu dengan telepati perasaan anaknya..Lega sudah hati dengar suara emak abah. Inspirasi jihad ana. Ana bawa suara itu sampai lena dilayar malam..



Angah.. Nasi Goreng Cina satu...

Angah.. Nak Milo Blanded satu...


Esoknya..

Angah.. Nak nasi goreng..

Afiq nak nasi warna ape? Hitam? Merah? Kuning?

Nak warna kuning heeeee

Petang nanti angah masak cendawan goreng tau =)


Sebaris gigi ditayangnya..Insan yang selalu bermanja dengan ana. Terkenang suara kecil adik bongsu. Dia ingat ana ni chef ke? Tak mengapa dah tanggungjawab seorang kakak. Paling tak tahan kalau permintaan dia...

Angah.. Afiq nak masakan lauk special.. Afiq lapar..

Kadang-kadang penat melayan karenah permintaan adik-adik.. Tapi rasa puas bila tengok mereka makan..



Semua tunggu angah balik ye...Hiiii..

Saturday, April 3, 2010

Di Mana Letak Quran Pada Dirimu???

Tahniah di ucapkan kepada Barat serta gerakan yahudi laknatullah kerana sampai ke hari ini kamu semua telah Berjaya menjauhkan generasi belia muda dari Al-quran. Semakin hari semakin jauh. Ilmu yang di peroleh dari masyarakat remaja kini bukannya mendekatkan diri mereka pada ALLAH, tetapi semakin mendekatkan diri mereka dari azab api neraka dan kemusnahan tamadun ISLAM yang semakin hari kian runtuh. Ibarat hakisan tebing dan pasir di tepian sungai dan pantai.Sedikit-sedikit..lama-lama runtuh jua tebing itu.

Golongan muda hari ini semakin bahagia dengan ideology-ideologi buatan manusia.Semakin gembira dengan kehidupan yang penuh kebebasan yang di ciptakan oleh barat dan yahudi.Tahniah sekali lagi,wahai musuh ISLAM.Anda Berjaya kerana kelalaian kami sendiri.Anda Berjaya kerana kami sendiri yang menyingkirkan Al-Quran dari hati kami.

Semakin hari..semakin ramai teman seusia ana yang hanyut dengan cinta manusia bersulam nafsu dan bertopengkan syaitan. Dan semakin hari..semakin ramai kawan ana yang “terlupa” akan kain yang menutupi mahkota bernilai mereka. Semakin hari..semakin ramai teman ana yang ingin membuka pakaian mereka untuk tatapan manusia sejagat.Bahagianya mereka..

Suka untuk ana bertanya…berapa ramaikah dari kalian yang benar-benar mengetahui segala isi al-quran? Tahukah kalian di dalam al-quran ada segala garis panduan? Daripada cara menenangkan hati kepada cara untuk menakluk dunia?
Sedihnya hati ini melihat kalian begini.Wahai anak muda…..Titisan air mata ini hanyalah titisan kesedihan.Tidak sedikitpun mampu membantu kawan2 ana di luar sana.Mengapa anda maju sebegini sekali? Mengorak langkah yang lebih pantas.?Malah lebih pantas dari barat dan western….!

Sahabat….Anda punya maruah.. Sahabat..maruah anda itu sangat mahal. Ibarat permata di dalam kotak baldu.Di ukir dengan penuh ketelitian oleh PEREKA yang sangat mahir akan dirimu,di wujudkan pula manual dan juga peraturan dalam pengunaanmu,Di adakan sebuah kotak baldu yang indah untuk melindungimu daripada pandangan-pandangan pencuri dan penjenayah berhati gelap.Di sentuh dengan penuh kelembutan oleh PEREKA supaya tidak mencacatkan ukiranmu.Lalu,dikau dengan mudahnya merelakan si pencuri dan penjenayah merosakkanmu,dan dikau sendiri yang rela untuk lari dan meninggalkan kotak baldumu yang lembut,yang melindungi segala kecantikanmu hanya semata-mata ingin berasa bebas di luar sana.Dikau tidak kenal akan realiti dunia,duhai kawan.
Sahabat..dahulu kita bersama-sama. Menikmati juadah di kantin sekolah. Berborak dan bertukar pendapat. Kini…segalanya hanya tinggal kenangan..Sahabatku tidak lagi seperti dahulu.Tidak lagi sahabat yang memberi nasihat yang menenangkan hati dan jiwa.Bahkan kawanku di uji dengan dunia yang penuh tipu daya ini.



Inilah reality dunia “ISLAM” hari ini.Jika dahulu,zaman 50-an kurang sekali kelibat wanita-wanita bertudung,..mereka jahil tentang agama akibat penjajahan barat.Tetapi,adat melayu mereka kekalkan.Dan yang bertudung,mereka bertudung dan menutup aurat dengan sebenar-benarnya.Nilam agama ISLAM di pelihara.

Kini…
Dimana-mana sahaja wanita bertudung membonceng motosikal bersama kekasih pujaan hati.Dimana-mana sahaja wanita bertudung itu bercampur bebas dengan berlainan”gender”...

..HEBAT bukan..Hebat kan musuh kita..

Mereka Berjaya mengelirukan kita.Dengan berpakaian tudung,tetapi masih melakukan perkara mungkar.Hebat kan???

Hebat kan mereka…

Kita menutup aurat dengan sangat sempurna..tapi masih terjatuh dengan cinta “monyet” yang tidak tahu kepastiannya,sehinggakan kita sendiri yang menjadi fitnah kepada ISLAM..walaupun dengan lisan,kita mengatakan “ISLAM IS THE WAY OF LIFE”..Tetapi kita sendiri yang kononnya membawa dan mencerminkan pakaian seorang muslim kamil,menjadikan ISLAM sebagai mangsa fitnah..

Hebatkan mereka..

Berjaya mengubah persepsi penuntut-penuntut ilmu supaya belajar hanya untuk exam dan juga kerja tanpa sedikipun berniat untuk menyebarkan ilmu dan dakwah kepada manusia lain.Hanya bergoyang kaki dan menanti sesiapa sahaja datang untuk inginkan ilmu dan hidayah.

Sungguh,orang-orang yang menyembunyikan apa yang Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk setelah Kami jelaskan kepada manusia daam kitab(al-quran),mereka itulah yang dilaknat ALLAH dan dilaknat pula oleh mereka yang melaknat..”
al-Baqarah ayat 159

Adakah diri kalian sangat hebat sehinggakan mereka-mereka yang jahil itu perlu pergi kepadamu??Adakah diri kalian itu sangat hebat sehinggakan MENGHUKUM mereka itu pemalas!..keras hati!..tidak mahu mencari hidayah dan peluang!..sedangkan ALLAH dan rasul sendiri tidak pernah menghukum mereka sedemikian.

Tidakkah kalian tahu dan mengenal mereka?mereka yang jahil kerana kurannya penhayatan agama akibat dari kejayaan-kejayaan ideology barat yang merakus di dalam diri pemimpin.Akibat perang saraf buatan yahudi?

Dan kalian masih hanya menanti dan tidak inginkan rasa CINTA ALLAH itu bersama-sama subur di dalam hati-hati mereka?

Hebatkan mereka..

Jika dahulu seorang Panglima Kristian yang kalah di dalam perang SALIB setelah 100 tahun berusaha menawan telah berkata “Kita(kristian) tidak akan menang di dalam peperangan menentang ISLAM jika Umat Islam ini masih berpegang teguh pada Al-Quran dan sunnah”..Kini mereka telah buktikan kata-kata mereka.Mereka telah menjauhkan kita daripada pegangan al-quran yang suci.

Dan..berapa ramaikah dari kalian yang mengetahui bahawa ISLAM ini syumul?Yang merangkumi semua kehidupan.Tidak perlu memisahkan agama dengan apa-apapun..Yang bukannya mengambil ISLAM ketika upacara-upacara tertentu sahaja..Yang bukan untuk insane-insan yang berada di dalam kesusahan sahaja…???

“Wahai orang-orang yang beriman!Masuklah kamu ke dalam ISLAM secara KESELURUHAN,dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan.Sungguh,ia musuh yang nyata bagimu.”
Al-Baqarah ayat 208

Wahai Muslimin Muslimat tersayang..
Jauhnya kalian dari al-quran.Al-Quran yang mengajar cara hidup yang sempurna.Yang mengajar akhlak-akhlak ISLAM,yang mengajar berlapang dada dengan segala ujian yang telah di tetapkan,yang berlaang dada dengan jodoh pertemuan,yang mengajar ilmu masyarakat,yang mengajar erti persaudaraan,yang mengajar apa ertinya siang dan malam,yang mengajar apa ertinya sains dan teknologi,yang mengajar menjadi insan yang di hormati,yang terkadung akta-akta perlindungan wanita,yang terkandung akta-akta perlindungan bagi orang miskin dan juga fakir…dan bayak lagi.Tidakkah kalian berasa rugi akan kehilangan cahaya Al-Quran???

Ataupun kalian akan berasa kehilangan setelah tulisan al-Quran itu lenyap dari naskahnya?Dan hakikat sebenar tanda-tanda kiamat adalah apabila tulisan al-Quran hilang dari mushafnya.

Hilang yang sebenarnya bukanlah tulisan berdakwah hitam di atas lembaran kertas-kertas suci al-Quran.Hilang yang sebenarnya adalah apabila manusia tidak lagi mengendahkan segala ajaran al-quran.Semakin melupakan setiap bait kata nasihat dan panduan dari manual kehidupan yang suci itu.Semakin hari,peraturan dan nasihatnya terhakis.Dan apabila sampai masanya,manusia tidak lagi berpegang kepada Al-Quran ..lantas,nantikanlah hari pembalasan yang di janjikan-NYA!


p/s : dimana letaknya AL-quran?? adakah dihatimu atau sekadar di akalmu?? tepuk dada tanya amalanmu...

Thursday, April 1, 2010

.:Setulusnya Mahabbahku PadaMu:.


Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah you created everything.. We belong’s you…Betapa aku mahu.. Segala apa yang Engkau berikan pada diriku… Seringkali membuatMu kecewa.. Ntah mungkin adakalanya aku terlena sementara tetapi Engkau Yang Maha Penyayang beri aku kesempatan berulangkali agar aku kembali.. Kembali melihat kekuasaanMu..

Dalam fitrah sebagai manusia untuk menghambakanMu. Tiada apa yang ada pada diriku dihadapanMu. Aku ingin mencintaiMu setulusnya..Sebenar-benarnya aku mencintaiMu Ya Allah.. Meskipun cintaku tidak berbalas namun ku tetap tenang dalam menghadirkan cintaku padaMu Ya Allah.. Ku tahu bahawa cinta padaMu adalah cinta fitrah yang mana lebih kekal selamanya berbanding cinta manusia sesama manusia hanyalah cinta nafsu… Cinta manusia yang kaya dengan keinginan bermacam-macam.

Siapalah diriku nak dibanding dengan kekasihMu Muhammad S.A.W.. Malu ku terhadap setiap langkahku tidak seperti Baginda.. Ku ingin cahayanya kerana aku juga sebahagian dari umatnya.. Apakah aku layak?? Malu kerana aku kerana tidak punya apa-apa di hadapannya juga kelak. Selain berusaha aku bertawakal… Allahu Rabbi..

Dalam doa.. Dalam ucapan… Dalam setiap langkahku..

Aku selalu ingin mendekatiMu selamanya sehingga apa pun terjadi padaku..

Ku berharap untuk bertemu dengan Mu Ya Rabbi..

Tiap malam aku berdoa kerana diriku ini terus merasa bagai tanah lumpur yang bernoda.. Tiada bersih tapi penuh dengan cela.. Kita tidak tahu dan tidak dapat hitung dosa kita di dunia yang adakalanya tidak kita sedar. Dibanyak waktu aku tersalah hanya dosa yang terhampar.. Menitis airmata mengurai.. tak mampu hitung basahnya hanya mampu terlerai.. Dahi ku menjejak bumi sujud dirumahMu betapa ku berasa bersyukur atas nikmatMu yang terhijab dimataku…

Ya Allah… hanya Engkau yang layak ampuni hambaMu.. Tunjukkan cahaya…

Ya Allah Engkau satu yang Maha Kuasa.. PertolonganMu menyelamatkan aku…

Tiada daya aku untuk melangkah.. Bertemu denganMu.. Aku tak kuasa tapi kepada siapa lagi ku mohon selain kepadaMu Ya Allah…

Kembali aku… Hanya kepada Engkau jalanku pulang..

Dibanyak hari aku berdoa..sebut namaMu untuk mengingati agar tidak mengulang salah yang sama. Salah yang selalu berakhir dengan penyesalan…

Memanglah perhambaanku belum lagi sempurna ..Segala nilai ibadah masih terpatri duniawi.. Aku ingin mataku terhijab dengan keduniaan yang sementara… Pandu jasad, hati dan aqalku dengan cahaya lurusMu..

Ya Allah tetapkan imanku untuk terus dijalanmu.. Amin..