BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 10, 2010

Analisa Siapakah Kita..


Salam Ma’al Hijrah buat semua muslimin muslimat.. Apakah pembaharuan pada kita? Apakah matlamat kita pada tahun baru kali.. Sudah pasti yang baik akan bertambah baik bukan sebaliknya.. Meskipun melayari tahun baru, perubahan yang ingin dilakukan..namun kita tetap mengungkap kalimah syahadah yang sama, akidah yang sama mengikut syariatullah.. Kita ada proses untuk ke neraka dan proses untuk ke syurga. Prosesnya tidak sama. Ramai orang kata saya hendak masuk syurga tapi prosesnya menuju ke neraka. Pelik tapi benar. Semacam orang hendak minum kopi tapi dibuatnya nescafe. Maka tepuk dada, tanya jiwa, anda melalui proses yang mana?

Kita hidup di dunia ini hanyalah kerana Akhirat.. Seronok yang dirasakan adakah pernah kita fikir kebesaran Allah yang memberi nikmat kita yang hanya sementara itu? Semakin terpanggil untuk ana untuk membuang sawang blog ni..Bukan untuk membebel tapi persekitaran yang mengajar ana, membuka mata ana bahawa memang dunia ini penuh dengan kenikmatan tetapi kenikmatan itu sudah pasti hanya fana semata-mata. Membuang sawang yang melingkari dalam hati ana mahupun muslimin muslimat di luar.. Adakah pernah kita analisa hati kita? Pernah ke sedetik kita analisa perbuatan kita? Pernah ke terlintas kita analisa pertuturan kita..Pernahkah kita analisa siapa kita.. Tertutup mata ana terbuka hati ana akan kebenaran hakikat bahawa siapakah kita sebenarnya walau tinggi mana darjat dan kejayaan yang telah dicapai..
Bak kata orang bercinta..

Hai awk.. Apakhabar..
Dah makan??


Tapi pernahkah kita tanya..

Apa khabar Mr.Iman??
Apa khabar Mr. Taqwa??


Allahurabbi.. Semua kerana penyakit hati. Jauhilah muslimin muslimat dari penyakit sedemikian. Hati yang luruh maka perlakuan percakapan kita akan luruh.. Syaitan sentiasa menghasut kita agar kita memilih jalannya.. Kuatkah hati kita untuk membenteng dari hasutan tersebut.. Jadi, tanyalah Mr. Iman anda.. Perbanyakkanlah membaca al-Quran kerana ianya salah satu pengisian hati.. Menghidupkan rohani diri.. Menjana akhlak kita sebagai muslim.. Akhlak Nabi Muhammad SAW adalah seperti al-Quran.. Subhanallah..Pernah ke kita kejar akan suatu kebaikan walau kebaikan kita tidak mungkin terserlah di depan mata orang.. Ingatlah bahawa Allah Maha Melihat.. Allah melihat kebaikan setiap apa yang kita lakukan..

Menurut Ibnul Qayyim bahawa perkataan Salafusoleh itu bermaksud, "Apabila Allah mengkehendaki suatu kebaikan kepada seseorang hamba, maka Allah juga berhak memberinya dosa yang menyebabkan hatinya hancur, tidak ujub dan tidak takabbur. Akhirnya, dosa yang telah dilakukannya itu lebih bermanfaat berbanding ketaatan yang dilakukannya. Namun, hanya taubat yang sungguh-sungguh dan penuh penyesalan sahaja akan menyelamatkan seorang hamba yang berdosa itu dari seksa api neraka, umpama ubat yang diminum untuk mengeluarkan penyakit dari dalam tubuh orang yang sakit."

Tapi yang sentiasa difikir..

Xpelah dia cantik..tapi saya tidak..
Saya tidak cantik macam die..
Die ramai peminat..


Manusia lebih memandang dan membezakan persepsi diri kita tetapi Allah melihat amalan kita wahai muslimin muslimat.. Ni masalah keyakinan pada diri.. Bila tidak yakin segala tindakan terbantut.. Semuanya diminta kawan-kawan akhirnya kesan pada diri untuk tidak yakin berhadapan dengan orang ramai.. Takut orang fikir salah..takut orang gelakkan diri sebab salah.. Bila tidak yakin, mula suruh kawan kemudian kawan pula ditertawakan.. Jika berlaku ini antara kawan.. Kenapa pentingkan diri sendiri sampaikan kawan sendiri ditertawakan.. Apakah kawan namanya?? Jadi analisa diri sebenar kerana peluang sentiasa ada untuk kita mengejarnya..

Analisa kita..adakah kita anak yang soleh solehah?? Sudah tercapaikah..??
Apabila ibu sibuk dengan memasak pernahkah kita menjenguk mata meringankan tangan dan kaki menolong emak.. Adakah ibu hamba kita?? Ibu seorang mulia yang melahirkan kita di dunia ini.. Berat ditanggung 9bulan 10hari membawa kita kemana sahaja tika kita dalam kandungannya. Sejuk mata ibu melihat anaknya yang suka membantu.. Adakah kita anak yang soleh solehah tetapi bergoyang kaki tengok tv, melayan internet..tetapi tidak pernah langsung menolong ibu ayah.. Adakala selepas ibu masak dia terus tertidur tanpa mengemas dapur. Hati si anak marah-marah kerana dapur kotor.. Jagalah hati perasaan mereka.. Seperti mana kita yang juga punya hati dan perasaan.. Apa yang dirasakan susah bagi kita nak hadapi..Susah lagi mereka memikirkan tentang diri kita, masa depan kita..bukan itu sahaja..Malah banyak perkara lagi demi kehidupan anak-anaknya.

Mereka beri kita apa sahaja dengan penuh kasih sayang..rumah, makan, pakaian, duit belanja, hantar ulang alik sekolah..Tidak bersyukur lagi kah wahai muslimin muslimat?? Tidak rasa lagikah bahawa besarnya pengorbanan ibubapa kita?? Segala apa yang mereka beri..Tiba masa kita apa pula kita nak beri pada mereka?? Kemalasan yang merajai dirikah? Kegagalankah?? Adakalanya mereka berdiam diri..Tahu apa yang mereka monolog dalam hati?? Sedih..mereka sedih sebenarnya..Pernah kita rasa hati mereka?? Apabila kita sedih selalu kita mengadu pada ibu bapa tapi pernahkah mereka mengadu sedih pada kita? Analisa diri kita..Salam Hijrah..

Salam Ma’al Hijrah..
~Hurul Jannah~
11 Disember 2010/ 5 Muharam 1431
5.53 a.m

Monday, August 30, 2010

Ramadhan pergi lagi T_T

Sayunya hati..melangkah semester ketiga dalam madrasah ramadhan ni… Sebak jiwa naluri hati ini nak melangkah perginya Ramadhan..MySpace Berkaca-kaca mata mengenangkan tiba ramadhan ni bakal pergi… Berat hati ini nak perkatakan tapi masa sentiasa pantas memusing rodanya.. Lagi sebak ana membaca my twin’s blog Qalbun Nisa’. Apakah cukup amalan ana.. Penuh leka ana tidak sedar.. Penah alpa ana juga buta.. Bila sampai masa semester ketiga ramdhan ini cuba mengetuk hati yang mungkin masih berbaki noda hitam. Memutar kembali masa lampau yang kemungkinan lebih memenuhi nafsu dari ibadah.. A’uzubillah..

Masa ini lah orang ramai sibuk mencari barang-barang raya.. Ana rasa tiada mood lagi nak fikir semua itu.. Famly ana dah suggest tahun ni tema raya warna oren.. Wah blink blink toink toink.. Ana simple person.. Tahun lepas ada buat baju warna oren. Nak beli ke tidak ek?? Kalau ana tidak beli mesti mujahid cinta ana akan kata..

Kenapa angah tidak beli??

Lain kali mintala abah duit belanja..

Ana bab meminta ini bagaikan langit dengan bumi yang jauh disudut hati nak buat.. Kadang-kadang abah geram dengan sikap ana begini.. Tapi jauh dari sudut hati… Mujahid cinta ana sudah faham prinsip ana.. Dan tiap kali itulah abah kena tanya baru ana akan jawab hihi.. Angah anak yang baik kan abah??MySpace

Angah.. Klu tiada duit beritahu abah..

Jangan diam.. Nanti susahkan diri..

Apa anak abah nak abah akan bagi..

Angah jangan risau..


Tiap kali mujahid cinta ana kata begitu pasti berkaca mata ana.. Penuh jasa ibubapa kita nak penuhi kehendak anak mereka.. Bila tiba masa ana nak buat begini pada emak abah ana?? Berikan aku kesempatan itu ya Allah… Bagi masa sikit lagi nafas ini nak berfungsi boleh?? Ana tidak tahan.. Kena nangis juga nanti sesak nafas MySpacehuhu…

Sahabat..

Menjelangnya raya nanti memang kita berseronok bersama keluarga, sanak saudara.. Jangan kita terlalu asyik jangan sekali alpa jauhkan sekali dari bersahabat leka.. kerana ketika itulah terbuka ikatan musuh kita iaitu syaitan yang durjana.. Mengembalikan kesesatan dan pengaruh anak-anak adam. Masa ini paling ana takut.. Allahurabbi… Tiba masanya ini didiklah hatiku jasadku fikiran ku agar tidak berbolak balik mendengar hasutan syaitan durjana. Peliharalah iman keluarga ku dan penghuni maqam dunia ini Ya Allah. Masa ini kadang-kadang kita sukar nak lawan bisikannya.. Terpulang kepada mr.Iman kita..

Mr. Iman silalah kuat..

Mr. Iman silalah istiqamah..

Mr. Iman…you can do it right??


Isilah baki ramadhan barakah ini dengan kudrat yang masih Allah perkuatkan lagi dengan Maha Penyayang Dia memberi kita pinjam lagi.. Boleh kan?? Naj boleh maka semua muslimin muslimat boleh..yeahMySpace



Tahun ini raya di Terengganu Kampung emak mujahidah cintaku.. Apakah ana akan pulang ke Ipoh?? MySpace

~Hurul Jannah~
09.27 am
31 Ogos 2010/20 Ramadhan 1431

Thursday, August 5, 2010

~** Ramadhan Come Back**~

Selamat datang jiran Syaaban.. Ahlan wasahlan ya Ramadhan. Penantianmu amat membuak-buak rindu terhadapmu apatahlagi saat meninggalkanmu..Rasa tidak mahu ia pergi.. Apakah sempat ana meneguk pahala di Majlis Ramadhan nanti… Allahu Rabbi..berikan ana kesempatan sekiranya tidak cukup sebulan sehari pun sudah memadai.. Rasa rugi insan yang tidak mengenal kelazatan Ramadhan al-barakah ni..Terbentang pahala tu dihadapan mata hambaNya. Janganlah terhijab nikmat itu dari mereka ya Allah.. Tentunya kebahagiaan meyelimuti kita dalam menyambut kedatangan bulan yang mulia ini. Ayuh kita buat perancangan tingkatkan amalan kita perkasakan keimanan yang turun naik.

Jom buka minda jap....Menurut sejarah, puasa amat diperhatikan oleh bangsa Celt (penduduk Eropa Barat dahulu) sebelum mereka memeluk agama Kristian. Sedangkan bangsa Mexico dan Peru dahalu adalah sama seperti halnya bangsa-bangsa Babylonia dan Assyiria dalam hal memperhatikan puasa sebagai syarat untuk bertaubat dan melebur dosa atau mempersembahkan pengorbanan mereka.

Demikian pula orang-orang Mesir penyembah berhala, juga berpuasa. Bangsa Yunani bahkan lebih mementingkan puasa, terutama bagi wanita-wanitanya, juga bangsa Romaei mementingkan puasa juga.

Pengikut Budha di Tibet mengenal ada dua puasa. Pertama puasa terus menerus 24 jam tanpa makan dan minum. Yang kedua puasa selama tiga hari, yang setiap harinya hanya berbuka dengan secangkir air saja. Dan masih ada yang ketiga, yakni puasa selama tiga hari tetapi sewaktu berbuka boleh makan apa saja.

Agama Hindu dan Jain sampai saat ini masih mempunyai syariat puasa. Bangsa India pengikut Manu memandang puasa adalah sebagai ibadah yang paling mulia. Dan pengikut Brahma lebih keras lagi peraturannya. Anak-anak mereka dengan keras diperintahkan melatih diri dengan berpuasa. Hingga saat ini masih berlaku. Mereka terkenal sebagai umat yang mementingkan puasa. Bahkan diantara mereka yang termasuk golongan Yogi, ada yang melaksanakan puasa terus menerus selama 10 hari, ada yang 15 hari, tanpa makan selain air je.

Di Tiongkok, ajaran Taoisme telah menentukan waktu-waktu berpuasa yang terlalu keras untuk guru-gurunya. Confusionisme juga mempunyai tradisi puasa sebagai persiapan untuk sembahyang bagi arwah nenek moyangnya.

Agama Yahudi mementingkan puasa tahunan, yakni pada hari penebusan. Pada mulanya mereka berpuasa empat hari setahun (ada yang mengatakan 7 hari) untuk memperingati keruntuhan Yerussalem. Puasa yang diwajibkan itu dengan cara tidak makan dan minum sehari semalam kecuali hanya sekali saja. Tetapi peraturan itu kemudian dirubah menjadi berpuasa mulai tengah malam sampai tengah hari saja. Selain itu bangsa Yahudi juga berpuasa satu hari di bulan Agustus untuk memperingati kembali direbutnya Yerussalem. Dalam Taurat dikatakan orang Yahudi diwajibkan berpuasa di hari yang kesepuluh di bulan ketujuh.

Orang-orang Yahudi yang dikatakan soleh berpuasa Isnin dan Khamis sebagai peringatan terhadap Nabi Musa as. Yang pergi ke Bukit Sinai pada hari Isnin dan kembali dari Sinai pada hari Khamis.

Ternyata di dalam lembaran-lembaran Taurat, umat Nabi Ibrahim, bangsa Shabean dari Harran dan seluruh Nabi-nabi menerima syariat puasa. Apalagi agama-agama monotheisme, sedangkan politheisme seperti Zoroaster dan kepercayaan-kepercayaan lainnya sebagaimana dijelaskan di atas, semua mempunyai adapt berpuasa.

Di dalam Injil Lukas 5 : 33, 35 dan Matheus 6 : 16, 17 telah menyinggung soal puasa. Memang kaum Nasrani zaman dahulu mengerjakan puasa 40 hari selama setahun, dengan hanya berbuka sekali saja dalam sehari semalam. Namun dalam perkembangannya, dewan gereja mengadakan beberapa jenis puasa, yang antara lain terjadi perbedaan antara beberepa sekte yang ada.

Tengok non-muslim pun mengerti apa itu puasa tapi tidak berbaloi amalan mereka dengan pahala yang tidak mungkin mereka kecapi. Sayangnya..alangkah bagus jika hijab itu terbentang dimata mereka..Umpama pokok yang tidak menghasilkan buahnya. Kita yang berdarah Islam ini tautkan hati itu dengan jiwa keislaman kita yang sudah berapa tahun ia mengalir dalam tubuh kita.

Di dalam hadith sohih dikatakan, Ash-shiyaamu nishfu sh-shobri, “Puasa itu adalah sebahagian dari sabar”. Sebab itu, kita dapat mengetahui bahwa Allah mewajibkan puasa itu juga untuk kemaslahatan kita. Jadi, tidak seperti anggapan kaum watsani yang mengatakan bahawa tujuan puasa adalah untuk memadamkan kemarahan dewa jika melakukan sesuatu yang mengundang kemurkaan dewa itu. Atau puasa ini sering dilaksanakan justeru untuk tujuan-tujuan tertentu. Kata mereka, dewa itu bisa mengabulkan permintaan mereka jika dilakukan penyiksaan diri dan membunuh kemahuan syahwat manusia. Pandangan ini tersebar luas dikalangan ahli kitab, lalu datanglah agam Islam untuk menghapus semua i’tikad tersebut.

Siapapun yang meredah bulan mulia ini dengan ‘concrete’, maka jiwanya akan merasa tenang dan tidak goncang di dalam menghadapi ujian dan musibah yang bagaimanapun besarnya. Jika ia terkena musibah, maka hanya jasadnya saja yang merasakan, sedang jiwanya tetap tenang. Semoga kita dapat menjalankan puasa dengan khusyu’ dan hanya mengharap maqam redha minallah. Amin

Baru-baru ni ana tersentak apabila ana terdengar seseorang menasihati seseorang dan menyentuh akan hikmah..
Tapi yang dijawab...

Ape hikmah-hikmah? Tak habis-habis dengan hikmah!!!


Luruh jantung ana. Kita yang pinjam nafas dari Allah ni pun dikira hikmah.. Ada otak atau tidak insan ini..Astaghfirullah ana cuba bawa bersabar dan berhikmah..Look!! Dalam hidup kita sendiri tidak lari dari hikmah.. Kata-kata yang dikeluarkan ibarat tiada helmet sebelum berlepas.. Bagai tiada asas yang dipegang.. Mengucap panjang ana... Moga beliau diberi petunjukMu ya Allah....

Puasa itu separuh dari kesabaran..
Kesabaran itu separuh dari keimanan..

Moh kite perteguhkan iman kita bersama (^_~)



~Hurul Jannah~
7.44 a.m
06 Ogos 2010/23 Syaaban 1431

Thursday, July 22, 2010

:~C!nTa DosA MengHalanG HidaYaH~:

Duhai teman...

Disaat ana menulis surat ini, ianya betul-betul menerjah di pondok hati kecil ana. Hayatilah apa yang ingin ana sampaikan, buat renungan hati-hati mahu mentaati.

Betapa pilu menatapi sebuah kehidupan di kesenjaan malam keseorangan tanpa cucuran hujan wahyu dari langit cinta Ilahi. Betapa tega menyelami masin lautan duniawi bersendirian tanpa benih kasih hakiki tertanam di tanah subur. Menanti penuh berhati-hati, bimbang tertusuk belati meracuni.

Indah menderap kaki di pentas membulu ini.

Melambung tinggi ombak menghempas dada longlai di arus kegilaan. Hiasan cantik mengelabui mata di sebalik tembok sempadan al-Haq. Menanti kunjung maut sendu malang di persimpangan membebalkan. Cinta dunia adalah keutamaan, tiada lagi nilai tangisan taubat meratapi pemergian jasad dikasih.

Hanya berbekal kenikmatan sementara, merintis bahagia di kepuraan.

Hakikat ini semacam sudah tradisi dalam perjalanan hidup para pencari kesenangan fana, mengadai mampu dan kudrat hingga melupai tujuan asal sebelum dimatikan dari salah satu perjalanan manusia bergelar, al-Insan.

Ingatlah teman, dunia sentiasa ‘kenyang’ memakan manusia malang.

Kita sudah lupa agaknya, pendakwah yang datang berdagang, bukan sahaja membawa dagangan jasmani tetapi juga dagangan rohani. Diperhalusi keadaan ketika berkembangnya agama di Nusantara, budaya bercerita turut dibawa bersama. Kita mesti memberikan ilmu, pimpinan, panduan, kemahiran kepada orang di sekeliling kita.

Jangan bakhil menabur kebaikan.

Dengan perkembangan minda manusia, pembukusan berlebihan ini dirasakan tidak diperlukan lagi sekarang, kerana penyampai dan penerima telah mencapai tahap pemikiran yang bersedia membuat pindahan dengan cara yang lebih berkesan. Bagaimanapun, sebagai warisan ia adalah sesuatu yang tidak patut dipinggirkan.

Di kala itu, inilah salah satu cara terbaik berdakwah santai, menerapkan cerita-cerita cereka dengan natijah khusus yang bermakna, untuk menjadi ingatan dan pedoman kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya. Berkembanglah hikayat cerita lama yang berkesan menerjah ke arah minda, yang hanya memerlukan suasana biasa.

Usahlah mengenang kembali kisah Pak Pandir, kalah minda melakonkan.

Mereka terus dibuai dengan kepercayaan bahawa apa yang ada pada mereka adalah itulah yang sebenarnya, tanpa mahu menjalankan ujian kepada kepercayaan yang mereka pegang, atau bergerak mencari pembuktian kepada kepercayaan yang mereka anuti.

Mereka inilah yang akan rugi, kerana yang datang secara terus akan memantul dan yang datang secara sipi akan terus menyepi kesunyian.

Dunia menang, namun air mata manusia makin bergelinang.

Mereka rasa bukan untuk mereka.

Percayalah, memberi kepada orang lain samalah seperti memberi kepada diri sendiri. Kita menghargai walaupun tiada nilai di pandangan manusiawi. Penangannya, sama seperti menyarung kalungan bunga mawar di kepala, pesona baunya tetap utuh biarpun bunganya luput di pandangan mata.

Aduh…

Terasa diri amat kurang memberi. Pemberian Allah Taala teramat banyak, tidak terhitung. Namun diri ini terlalu kurang memberi, mungkin kerana mendahulukan kehendak yang tidak pernah puas. Dunia makin tua, usia makin berkurangan, makin pendek tapi memberi makin kurang.

Allah Taala berfirman:

Bermaksud: “Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun. Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik)” as-Syuaara’ (26:88-89)

Ini semunya adalah bekisar tentang kaedah, dan cara penyampaian berhikmah.

Manusia tetap manusia, andai tiada disaluti kain keimanan. Membias dari kebiasaan. Ironinya, cinta diberi pada pusara yang digali makin membesar. Pasrah di kala senja membaringkan badan, menutupi sebuah impian. Impian sudah mulai kabur, cinta tidak lagi laku. Memberi tiada pula sudi menerima.

Irama syahdu mengiringi jasad ke pusara. Tiada lagi berteman, hanya saham di dunia pada kebaikan akan menjadi perisai dan pedinding kalis hentaman kuat Raqib wa ‘Atib. Dan hakikat itu, pastinya tidak dapat kita singkap dengan akal kita yang sejengkal berbanding dengan ilmu Allah Taala Maha luas.

Dia sedar bahawa kelebihan yang diberikan kepadanya untuk menungani cinta ‘pahala’, hakikatnya, adalah satu amanah daripada Allah Taala yang mempunyai maksud tertentu untuk difahami dan dilaksanakannya. Dia telah gagal memikul amanah ini, mengkhianati pemberian ikhlas-Nya ini.

Tiada siapa lagi mempercayai kelebihan dimilikinya, kerana dia sudah terpenjara oleh kenikmatan cinta dunia sementara. Rasa belum cukup puas dengan apa yang ada dan terus haloba dengan apa yang tiada. Mencari dan terus mencari.

Oleh itu, berhati-hatilah melayarkan bahtera hati, agar tidak karam di tengah lautan samudera duniawi.

Bacalah surat cinta ini, dan dalami seadanya.

amiiin..

~Hurul Jannah~
01.23 Tengahari
23 Julai 2010/ 11 Syaaban 1431

Friday, July 9, 2010

~Jom Masak Berlap!s-lap!s~


Kek Lapis

Bahan-Bahan:
BAHAN A
30 biji kuning telur
5 biji putih telur
300gm gula kastor
250 gm tepung hong kong
1 sudu makan ovallete
3 auns air ais (air sejuk)

BAHAN B
540gm mentega
4 sudu makan susu pekat manis
1 tin besar seri kaya
1 sudu teh lemon oil

pewarna merah, hijau dan coklat

CARA MEMBUATNYA: MySpace

1. Pukul semua bahan A hingga kembang dan pekat. (Ketepikan dulu) Pukul Bahan B hingga putih. Campurkan kedua-dua adunan dan gaul hingga rata.

2. Ambil 4 senduk besar, warnakan dengan coklat. Gunakan 2 acuan 8 ½ X 8½ x 1 inci setiap acuan. Bakar warna hijau atau warna ape-ape ikut pilihan hati hingga masak, kemudian lapiskan dengan yang warna coklat dan bakar hingga masak dan akhir sekali lapiskan warna merah dan bakar hingga masak.

3. Sejukkan sebentar. Gunakan satu acuan 8 ½ X 8½ x 4 inci untuk melapis adunan yang selebihnya.

4. Ambil 4 sudu makan adunan dan bakar hingga masak. Kemudian susun kek yang telah dipotong tadi. Ambil lagi 4 sudu makan adunan dan ratakan diatas kek yang telah disusun tadi. Kemudian bakar hingga masak. Apabila sudah masak lapiskan lagi sebanyak 4 sudu makan.

5. Apabila sudah masak, susun kek yang telah dipotong segi tiga, ambil 4 sudu makan adunan tadi dan ratakan di atas kek yang disusun. Ulangi proses ini sehingga habis tau.

p/s: Mizan nanti bagi Kak Zila baca ek... Syukran
Kak Zila,nak wat kek lapis ni memerlukan kesabaran yang tinggi hihi~ kat sini wat tiga warna..tapi ikut akak nak wat 2 warna atau berapa. Janji mesti berlapis..MySpace
Agak penat dan mencabar tapi memang best... MySpace

Selamat Mencuba..MySpace

~Hurul Jannah~
06.46 P.m
09 Julai 2010 / 26 Rejab 1431

Wednesday, July 7, 2010

Beberapa Hari Sebelum Melangkah T_T

Malam ni kite pergi Giant

Dengar je bab jalan telinga ni macam ada aliran refleks hihihihi...Suka berjalan lalala... Dalam kereta yang sejuk dengan aircond mudah mengantukkan mata ana..

Ish..nak jalan ni apesal la mata ni berat pula...

Angah nak beli apa?? Ha ada durian tu...

Dari kuyu mata melonjak mata ni dengan panggilan abah Mujahid Cintaku. Abah tunjuk longgokan durian disebuah pasar malam. Sangat suka hiii~ Ana memang tunggu pemberian je. Tidak suka meminta..Kata orang memberi lebih Afdhal dari meminta.

Kite beli la..nanti angah nak balik Terengganu dah..Tak sempat nak merasa...

Sangat terharu luahan kata abah. Beli 2 bungkus durian..wah banyak-banyak..banyak suka..hihihi..Sampai kat Giant.. Emak Mujahadah Cintaku pula tanya..

Angah nak beli ape??
Ape emak ambil angah suka je...

Ana ambil cendawan untuk ana masak cendawan goreng nanti... Famly memang suka makan.. So ana masakkan...Abah ambil aiskrim Walls yang kecik molek..Emak ambil aiskrim bekas besar..Wah berentap kegemaran masing-masing hihi..

Angah nak apa-apa lagi??
Ha..angah nak ketam ek?? Udang nak??



Seafood is favorite.. Masak lemak memang layan~
Habis je membeli belah...nak pulang rumah...

Jom kite pergi makan roti arab...

Lagi melonjak ana nak tahu dekat mana gerai roti arab itu. Wah memang malam yang indah bersama parent tercinta. Bagai minyak ditatang penuh. Inilah masa ana nak bersama Usrati. Lepas ini berjihad di Terengganu bukan selalu dapat balik. Setahun 2 atau 3 kali baru dapat balik..So lepas rindu di Ipoh...Disebalik imbasan itu, ana tahu harapan mereka terhadap ana amat tinggi. Mujahid Cinta sanggup buat apa sahaja demi kegembiraan anaknya...Angah sayang sangat kat Emak Abah..Muaaah

Sampai dekat gerai roti arab. Ana tertunggu-tunggu macam mana pengisian roti arab tu hihi..

So simple..tapi banyak sedap ditambah dengan kuah kari..Boleh cuba buat sendiri pula nih (Monolog diri). Sambil makan sambil mengharukan. Rasa macam tak nak balik je Unisza tu..Tapi niat dah tanam dengan semangat teruskan jua..

Kepada sahabat-sahabat hargailah masa bersama keluarga. Andai mereka tiada disisi kita lagi baru menyesal, baru rindu sangat..



~Hurul Jannah~
10.06 Pm
7 Julai 2010 / 24 Rejab 1431

Thursday, June 24, 2010

~P!nTu TaubaT TiDaK AkaN BerBicAra SeND!r!~


Masa tidak pernah berhenti menghitung kiraan usia segenap manusia. Muda menjadi tua….Itu adalah fitrah. Tua dalam kiraan usia merapatkan diri ke liang lahad. Semakin berusia, manusia sewajarnya semakin baik. Berusaha perbaiki kelemahan. Berikhtiar mencari jalan keluar dari penjara kemungkaran. Mehnah dari Allah itu bukan alasan untuk manusia terus terpenjara dalam belenggu dosa. Carilah jalan keluar daripadanya dalam usaha kita semua mencapai KESEMPURNAAN IMAN.

Tiada manusia yang sempurna. Namun,ana percaya…kesempurnaan itu boleh dilentur dari sikap dan peribadi manusia. Ujian itu hadirnya sebagai tarbiah dari Allah. Tarbiah buat diri untuk belajar dari kekhilafan menuju tingkat kehidupan yang lebih sempurna. Sempurna IMAN, sempurna peribadi…insyaAllah. Kerana itulah ana menegaskan…syukurilah ujian sebagai suatu nikmat KASIH SAYANG ALLAH semakin dekat dengan hambaNya. Benarkah ujian itu suatu nikmat? Ya…ana percaya bahawa ujian itu suatu NIKMAT dan RAHMAT ALLAH. Ana percaya…dalam hati kalian tersemat untuk menjadi insan yang terbaik.

Allah…ya Qadhiyal hajat sesungguhnya mendengar suara hati kalian. ALLAH mengenali di mana kelemahan setiap hambaNYA. Kerana itu, DIA menghadapkan mehnah yang sungguh menduga untuk manusia memperbaiki kelemahan-kelemahan itu. Perbaiki kelemahan…itu suatu usaha berguna untuk meletakkan diri di tangga terbaik di sisi Allah SWT dalam pada manusia menuju kesempurnaan. Tidakkah manusia menyedari hal ini?

Perbaikilah diri. Itu langkah menuju PINTU TAUBAT.Ana percaya…PINTU TAUBAT tidak pernah berkunci namun bakal terkunci suatu saat nanti. Jika dicari, Kuncinya pada HATI dan kesedaran manusia. PINTU TAUBAT juga tidak pula bersuara agar manusia yang berbuat mungkar kembali kepadanya. Paling tidak…PINTU HATI yang menegah mencegah manusia…”jangan buat ini. Allah murka”. Barangkali manusia tidak sedar bahawa hatinya perlu dirawat. Ketika mana hati itu sakit? Ketika manusia hilang ketenangan…ketika hatinya tidak lagi rasa berdosa sewaktu berbuat mungkar.

Saudaraku…ana kasihan melihat anda. Mengapa kalian pertikaikan bahawa TAUBAT itu sudah terlewat bagi kamu semua sebagai pendosa? Mari ana hamparkan pada anda, saudaraku…

Katakanlah, “Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kalian berputus asa dari RAHMAT ALLAH. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang…”
(Surah az-Zumar : Ayat 53)

Saudaraku…anda sedar anda berdosa. Kembalilah secepatnya kepada Allah Yang Maha Menerima Taubat. Persoalan terlewat untuk bertaubat itu adalah bisik-bisik Syaitan! Cukuplah anda tersesat kerananya. Cepatlah sedar. Allah SWT menantikan SUARA-SUARA TAUBAT anda semua. Itu kata-kata ALLAH yang dihamparkan pada hambaNya lewat WARKAH CINTA. Itu semua kata-kata ALLAH. Bukan sengaja ana cipta. Sungguh! Bukalah lembaran Furqan jika kalian ragu. Ana menyeru manusia untuk kita sama-sama memenuhi SYURGA yang penuh KENIKMATAN.

Ana percaya. Manusia pasti terus diuji Allah dalam pada mereka bertaubat dan kembali membawa diri menuju KESEMPURNAAN IMAN. Itulah kaffarah buat pendosa. Tolonglah saudaraku…sekali anda berusaha untuk menuju kebaikan, berkali-kali anda akan jatuh. Kejatuhan itu ujian buat kalian makin tabah. Seandainya kalian tabah sehingga ke penghujungnya, bermakna kalian success dalam 1 episod kehidupan. Maka, darjat kalian diangkat di sisi Tuhan…diangkat kerna kalian berjaya menaiki tingkat KESEMPURNAAN IMAN. SubhanAllah! Lihatlah bukti KASIH SAYANG ALLAH buat kalian yang dahulunya pendosa…namun, suatu saat nanti andalah antara hamba yang terbaik di sisi ALLAH. Ana percaya…anda mahu NIKMAT ini.

Ana sedar kalian adalah saudara ana. Dan kita akan dibangkitkan bersama di negeri abadi. Ana tidak rela ke syurga sendiri dengan meninggalkan anda di belakang yang belum pasti destinasi anda ke mana. Hanya 2! Jika tidak ke syurga bersama ana…pastilah ke neraka. Naudzubillahi min zalik! Dan ana menyeru ini untuk diri ana juga. Kerana ana tidak mahu ditinggalkan sendiri oleh anda tatkala kalian melewati pintu-pintu SYURGA ALLAH. Ana tidak sanggup! Sungguh ana takut pada azab dan seksanya! Ana mahu kita sama-sama ke SYURGA. Ana tidak mahu meninggalkan kalian sendiri apalagi untuk ditinggalkan. Ana menyeru agar kita sama-sama memenuhi SYURGA ALLAH. Bagaimana? Bermula saat ini. Bertaubatlah dan kembalilah anda untuk HIDUP BERSAMA ALLAH.

Nota Hati : Semoga Allah SWT tetapkan pendirian IMAN dalam hati dan sanubari kita. Sehingga terpancar cahaya keberkatan itu dalam sikap dan perlakuan kita. Ana setuju bahawa manusia tiada yang sempurna. Namun, fitrah manusia sering mencari kesempurnaan.

Semoga bermanfaat buat sahabat-sahabat~MySpace

~Hurul Jannah~
Perak,08.08 p.m.
12 Rejab 1431 H/24 Jun 2010

Wednesday, June 2, 2010

2 Cinta Dalam Satu Masa (>.<)

Kenapa ana tetiba sahaja rasa cukup hairan dan pelik hari ini, bukan kerana ana terlihat sesuatu yang aneh berlaku di hadapan mata tapi melalui pengalaman kawan-kawan di sana, apatah lagi di bumi bangsa arab ini, tiada sesuatu yang dianggap luar biasa, kecuali dulu mula-mula sampai berlaku sedikit culture shock, mind shock, dan banyak lagi ‘shock’... namun bila dah beberapa minggu perhati, cermati sedalam-dalamnya lebih kurang tempat kita, bezanya mereka cukup berpegang pada solusi agama, walaupun jahat mana sekalipun mereka tahu untuk hormati orang tua, memberi laluan, makan mesti dijemput sama.


Pelik dan aneh sebab terbaca e-mail seorang pengunjung laman puteraazhari. Dia memang cintakan Allah Taala, kasih pada orang tua, cinta akan kebaikan, namun pada masa yang sama beliau juga tidak boleh tinggalkan maksiat, sering juga melakukan kemungkaran, main nombor ekor, bersekedudukan dengan perempuan, dan kadang-kadang liat tunaikan solat.


Mungkin masalah ini telah pun para pembaca budiman terdengar, terbaca bila ada juga manusia mengumpul dua cinta dalam satu-satu masa. Bolehkah?


Mungkin dalam hal ini tidaklah sesusah kita melakukan dua pekerjaan dalam satu masa, seperti siang bekerja sebagai petani manakala malam pula sebagai nelayan. Namun, begitupun mampu tapi kesannya juga tidak bagus, tidak baik untuk kesihatan.. mungkin hari ini, esok dan lusa mampu konsisten tapi bila dah masuk minggu kedua, ketiga baru tahu jerih dan peritnya menumpukan dua perkara dalam satu masa.


Minyak tidak akan selama-lamanya bercampur dengan air, kerana itulah sifat tabi’ kejadian minyak dan air.


Cintakan Tuhan, malah cintakan dosa.


“Mengapa ustaz, saya cinta kebaikan... selalu tolong orang tua, solat tidak pernah tinggal tapi masih lagi cenderung untuk melakukan maksiat” rintih seorang mahasiswi.


“Mengapa.. kenapa...” antara dialog sering diulangsiar... masalahnya sama, masalah hati.


Manusia yang telah lama terdidik dengan pengajian agama, mempunyai asas agama, pernah terdedah pada program-program pembangunan jiwa, bila sahaja dihadapkan dengan pelbagai masalah yang berkaitan hati, mahupun sosial tidak sihat, at least ada juga terdetik di hati mereka rasa sesal dan ingin kembali pada pangkal jalan. Bagaimana pula mereka yang baru ingin mengenal apa itu solat, apa itu puasa, boleh ke couple dan sebagainya tanpa ada bimbingan, agak-agak mereka boleh tahan gelocakan hawa nafsu yang membuas.


Tanpa ada bimbingan dan panduan berkala mereka akan merasa semua itu membuang masa, tak larat, rasa canggung bila tahu lelaki dan perempuan tidak boleh holding hand, say love you before marriage, meninggalkan arak lagilah susah, sama juga rokok.
Cepat berputus harap dari rahmat Allah.


Ingatkah lagi kita pada pesanan Nabi Ya’qub kepada anak-anaknya ketika berdukacita kehilangan dua anak lelakinya yang dicintai Nabi Yussof dan Bunyamin;


يَـٰبَنِىَّ ٱذۡهَبُواْ فَتَحَسَّسُواْ مِن يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلَا تَاْيۡـَٔسُواْ مِن رَّوۡحِ ٱللَّهِ‌ۖ إِنَّهُ ۥ لَا يَاْيۡـَٔسُ مِن رَّوۡحِ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلۡقَوۡمُ ٱلۡكَـٰفِرُون

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “(Berkata Ya’qub) Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yussof dan saudaranya (Bunyamin) dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir” Yussof (12:87)


Apakah kita sanggup dilabelkan sebagai orang kufur, kerana kita cepat menyalahkan takdir. Puas berdoa, tapi tidak pernah sembuh sakit, tidak pernah kaya, jodoh tidak pernah kesampaian dan sebagainya.


Bukan macam tu...


Memang benar, kebiasaan manusia bila lupa akhirat, kejar dunia berapa ramai yang ingat solat, ingat nak puasa Bulan Ramadhan, mereka tahu itu semua suruhan dalam agama.. sedangkan meninggalkan salah satu rukun Islam dengan sengaja adalah kafir.


Pertama, kita kena lihat diri sendiri kerana masalah bukan pada masalah tapi sebenarnya diri kita bermasalah, orang kata; “ada somethings wrong”.


BERUBAH ARAH KEBAIKAN


Bersyukur pada Allah kita ini fitrahnya Islam, yang suci dan bersih dan hari ini bersyukur kita kerana masih Islam. Sememangnya, fitrah manusia yang tidak sempurna, melakukan dosa dan maksiat, mudah tergoda dan macam-macam lagi. Inilah ujian dari Allah untuk menguji tahap keimanan kita. Adakah kita sabar dalam menghadapinya ataupun kita terus mengalah dan berputus asa lantas menjadi hipokrit dengan memaling terus dari jalan menuju redha Allah?


Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Dugaan itu akan terus menimpa seseorang mu’min dan mu’minah, di dalam diri, anak pinak, dan hartanya sampailah dia bertemu (meninggal dunia) Allah dan dia tidak mengerjakan kesalahan” (Hadith Tirmidzi)


Memang susah merubah sesuatu buruk menjadi baik.
Analoginya mudah, seperti kita mempunyai sebuah kereta. Merosakkan kereta, kemetkan body kereta memang mudah, sangat mudah, dengan sahaja kita langar tiang, atau masukkan air dalam tangki minyak, dalam beberapa minit sahaja kereta pasti dihantar ke workshop. Tapi bila dari rosak tu bila nak pulihkan balik, baru tahu betapa susah, berat sangat nak hulurkan tiga ribu ringgit sebagai upah dan barang yang digantikan.


Dulu sebelum merana, sebelum kena tak mahu beringat. Bila dah terasa susah, baru tahu ingat nak jaga dan sebagainya.


Begitu juga manusia. Kita ada sekeping hati yang perlu dijaga dipelihara. Kalau ‘jantung’ kereta adalah enjin, begitu jua peranan hati pada jasad dan roh manusia.


Pandai melihat kebaikan dalam kesusahan. Di sana hati cepat sampai pada Tuhan. Pandai menilai antara baik dan buruk (jahat). Banyak benda kita bisa buat baik, tapi awas terlalu banyak kita bisa buat jahat.


Tidak dikira jahat hanya kerana kita tengok hiburan yang tiada unsur agama, yang tidak kisah mengenai batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti anugerah skrin, anugerah juara lagu, drama dedah sana sini... kita dikira sebagai tidak baik atau lebih senang dikira sebagai seorang yang jahat. Hati perlu juga ada hobi (hubbi), ada apa yang ‘ia’ suka tapi kenalah bijak menangani.


“Ooo.. kalau buat begini salah di sisi Islam” cepat-cepat mendidik hati.


Kita perlu sedar, wahai hati-hati yang ingin, sedang dan telah berubah ke arah baik dan lebih baik, ketahuilah kita tidak pernah sirna dari silap, ubatnya ialah kebaikan kita lakukan akan menimbus keburukan kita yang lepas. Bagi yang ingin berubah, saya fikir kita haruslah terus menerus niatkan dalam hati kerana Allah dan sentiasa ingat tujuan kita. Bagi yang sedang berubah, istiqomahlah dalam apa jua kebaikan yang sedang dilakukan manakala bagi yang telah berubah, janganlah berhenti di tahap itu sahaja sedangkan perjalanan kita menuju akhirat sana perlukan bekalan yang banyak, jalan menujunya tidak pernah licin, adakalnya becak, berlubang.. maka waspadalah selalu, jangan alpa dengan kesenangan sementara.


Allah Taala melihat dan menilai usaha kita untuk berubah dan menjadi baik.


TAJDID NIAT
Buat kebaikan tidak memerlukan perasaan malu, kalau buat sebaliknya boleh menghilangkan rasa malu. Ini kebaikan, kenalah lebih-lebih lagi. Secara generalnya, kebaikan yang dibuat tidak perlu manusia sebagai pemerhati dan pengkritik. Bukannya temuduga, atau apa...
Dan ketahuilah, Allah Lebih Mengetahui.


Penting kita untuk sentiasa tajdid (perbaharui) niat kita setiap masa, kalau boleh amalkan setiap kali selepas solat. Niat baik kita, seperti mana kita inginkan hidup hari ini lebih baik dari semalam, dan mudah-mudahan esok akan lebih baik dari hari ini (ameen).
Perlu ada mujahadah dan keyakinan dalam diri.


Mudah-mudahan juga, dengan tajdid niat itu akan melenyapkan impian kita untuk bermimpi melakukan maksiat, agar istighfar juga membasahi ketika itu. Ingat Allah, ingat semula niat dan tujuan kita tadi, iaitu jadi lebih baik.Kita mesti mencapainya.


Sememangnya diri ini ingin melakukan satu perubahan yang agak besar untuk diri sendiri supaya menjadi insan yang lebih bahagia dan tenang. Kita masih dan terus masih mengumpul seribu kekuatan supaya perubahan ini tidak separuh jalan, atau terhenti sebelum bertemu noktah terakhir. Semoga ku beroleh kekuatan untuk menuju ke jalan yang bahagia itu.


Maka marilah sama-sama kita isi bekal kita dengan kebaikan yang berlipat kali ganda banyaknya dan sentiasa sematkan dalam jiwa bahawa kebaikan yang kita lakukan hanyalah ikhlas semata-mata kerana Allah Taala dan untuk mencapai redha-Nya sahaja, bukan untuk menjadi riak, sombong dan hipokrit.

Thursday, May 6, 2010

.:3 Th!ngS:. (^.~)

3 perkara!
Inilah 3 perkara yang dia rasa sangat "seksi" dalam kehidupannya dan dia paling takut untuk membicarakan soal 3 perkara ini.

A.D.I.L


Hak untuk diri sendiri ?
Hak untuk keluarga ?
Hak sahabat-sahabat ?
Hak untuk setiap muslimin dan muslimat ?
Hak untuk setiap makhluk Tuhan ?
Dan yang paling utama
HAK UNTUK ALLAH SWT....

Adakah dia sudah tunaikan semua hak mereka ini ?
Adilkah dia dalam menunaikan hak setiap seorang dari mereka ?
Atau ada yang dia terlepas pandang sehingga dia terabaikan mereka dan gagal bersikap adil?

I.K.H.L.A.S


Ikhlas tak dia dalam menerima takdir yang Allah tetapkan ?
Ikhlaskah dia dalam menjalani kehidupan ini sebagai anak , adik , kakak , sahabat dan sebagai khalifah di bumi Allah ini ?
Ikhlaskan dia dalam setiap tutur kata yang dilafazkan dan setiap perbuatannya?

Andai sesaat dia dapat ikhlas..
Itu sudah memadai bagi dirinya

H.A.T.I


Sangat "complicated"
Sukar ditafsir
Bukan perkara mudah

Hati orang
Sila jangan buat main!!

Mungkin kerana 3 perkara ini ..
Hatinya kini jadi seperti

INI!!!


Bagaimana hendak diubati..
Hatinya yang hancur?
Dimana hendak di cari penawar?
Di mana hendak di cari..
Hatinya yang hilang hendak ke mana ?
Bagaimana hendak diubati..
Hatinya yang terluka?

H.A.T.I
Sila jangan mudah mengalah
Silalah tabah

H.A.T.I
Lekas kembali

Tuhan , Ajari dia untuk adil
Didiki dia untuk ikhlas
Tolong kembalikan hatinya
Tolong letakkan kembali hatinya pada tempatnya
Tolong jangan biarkan dirinya letih dalam mendidik hatinya sendiri
Jaga hati ini Ya Allah!

Agar satu saat nanti dia dan hatinya bisa...
T.E.R.S.E.N.Y.U.M. Lagi....



Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui mengenai hati-hati itu
kerana..Engkau yang menciptakan hati-hati itu

Sunday, May 2, 2010

.'~Sayangku Muslimah~'.



Buatmu mujahidah solehah,
Dengan kecantikanmu,
Kau lebih indah daripada mentari,
Sinar Wajahmmu,
Dipancari nur iman yang hakiki.


Dengan akhlakmu,
Kau lebih wangi dari segala haruman,
Lebih indah dari segala perhiasan,
Perhiasan dunia,
Engkaulah yang terindah.


Dengan rendah hatimu,
Kau lebih tinggi dari rembulan,
Walau hatimu di dasar lautan,
Tetap disanjung,
Setinggi bintang berkelipan,
Indah nian menghiasi malam.


Dengan kelembutanmu,
Kau lebih halus dari rintik hujan.
Renyai membasahi bumi ciptaan Tuhan,
Dalam kelembutan itu,
Ada jua ketegasan muslimah sejati,
Engkaulah mawar berduri.


Maka,
Pertahankanlah keindahan ini,
Agar terusan menjadi sayap kiri
perjuagan Islam,
Berjuang Lillahi Taala,
Martabatkan Ad-deen istiqamah dipelihara,
Penegak kalimah Allah di muka Bumi.

Engkaulah mujahidah solehah....

Sunday, April 25, 2010

أشهد أن لا إله إلا الله...

Begitu pantas kau lalui.. Detik titik-titik angka yang tersusun dikamarmu dilalui..Tiap detik kau dilangkaui kadang-kadang tidak pasti ..tidak sedar apa yang kita lakukan.. Insan yang tidak menghargaimu pasti rugi seumur hidupnya.. Untungnya disebalikmu.. Mahalnya hargamu..


Allah berfirman : Demi masa. Sesungguhnya, manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling mengingati untuk kesabaran.

Itulah masa.. Masa yang sekarang detiknya seperti air.. Baru buka laptop (buka laptop pun ambil masa yang lama..ish..) Tambah lagi sekarang ana dalam berjuang final exam.. Dari hari Isnin sampai hari khamis deret je exam.. Kepala sakit berpusing dengan mata-mata sekali berpusing.. Memang perit nak lalui jihad ni.. Belum lagi jihad peperangan yang Nabi S.A.W serta sahabatnya terdahulu lalui.. Silap-silap mata ana ni pun boleh ketar.. Macam mana tu ek?(^ ^)

Laju laluan masa tup tup.. dah berapa paper terbang dijawab..
Masa berganti masa dalam detik exam ni..

Zaaap!!

Ana juga dikejutkan dengan berita seorang Serikandi tempat ana menadah ilmu masuk Islam.. Meremang mendengar tambah lagi serikandi tersebut terus memakai purdah.

Masyallah..Alhamdulillah…

Allah..

Nikmat hidayah yang Pemilik nyawa kita tidak pernah putus-putus memberi peluang hatta sekalipun dikalangan orang kafir. Serikandi tersebut telah menemui kebenaran Islam yang selama ni dicari-cari.. Akhirnya dia jumpa dan terus masuk Islam tanpa diketahui oleh keluarganya di Sarawak.. Sejuk melihat si pemakai berlitup penuh..

Bukan nak kata.. Ana nasihat pada sahabat-sahabat ana juga pada diri ana juga. Orang kafir yang masuk Islam pun dah cari kebenaran dan dia jaga semua auratnya tetapi malu ana rasakan.. Muslimin muslimat yang sudah lama dan lahir dengan darah Islam juga tidak mencapai lagi tahap yang menjumpai kebenaran tu.. Aurat, pergaulan dan pelbagai lagi.. Serikandi tersebut menjaga aurat penuhnya tambah lagi tangannnya dengan memakai sarung lengan.. Ana dengar dari sahabat-sahabat merasa takjub yang teramat sangat..

Pintu hidayah terbuka bila-bila sahaja Allah kehendaki.. Muhasabah hati ana.. Tidak terucap kata-kata. Hanya mampu menangis dalam hati tanda kesyukuran padaNya.. Ingatlah Muslimin Muslimat.. Kita di dunia sentiasa dilahirkan dengan kemewahan dunia sebenarnya tidak mencapai lagi kemewahan akhirat.. Tidak tahu samada kita capai atau tidak lagi. Kebenarannya apa yang kita lakukan di dunia terutama seorang wanita yang tidak menjaga auratnya, ayah kita sahabat..Ayah yang sentiasa bersama kita suka duka tapi Ayah kita yang diseksa.. Disebabkan dosa kita ayah kita kena seksa azab yang pedih.. Sayang ke kamu pada ayah sendiri??

Tahap mana kamu sayang ibubapa jika kamu sendiri menempah azab buat ibubapa kamu sendiri. Besarnya tanggungjawab sebagai seorang ayah.. Kita muslimat jagalah.. Mahal dirimu.. Tak lama lagi dah kita nak capai tempat yang abadi sana..

Thursday, April 8, 2010

Suaramu...

Bismillahirrahmanirrahim...

Melewati Isya' semalam ana melangkah keluar kelas.. Selesai menjawab test Metodologi Pendalilan Ilmu Kalam.. Alhamdulillah...Dengan sabar ana menjawab ditambah pula berperang dengan sakit yang singgah ditubuhku. Ya Allah, kuatnya ujian untuk sampai jalan jihadMu.. Tika jawab test, Ana cuba mampu mengenggam pen yang hanya tulis beberapa kalimah arab je..Segala usaha hafalanku juga hilang terbang ntah kemana.. Berat sangat rasanya kesakitan. Ana hadirkan Allah dalam hati ana. Ana tak kuat. Dengan belas kasih sahabat-sahabat, mereka tolong ana bagi jawapan sedikit.. Terimakasih sahabat. Terimakasih Ya Allah.. Kau hadirkan juga sahabat yang amat memahami diriku..

Pulang ana ke hostel macam ada yang tak kena dalam jiwa ana.. Lihat lautan langit yang cuma beberapa kurang dikunjungi bintang.. Dengan sakit yang tidak kebah-kebah lagi, jiwa ana terusik, terpanggil-panggil untuk hubungi Mujahidah Cinta ana.. Ana call suara itu yang ana rindu sangat..Saat terdengar je suara itu, airmata ana berombak-ombak dimata..

Assalamualaikum...Ye angah anak emak..
Wa'alaikumussalam.. Rindu sangat kat emak.. Lama tak dengar suara emak..


Terus terpacul kerinduan ana pada emak sampai khabar pun tak sempat lagi ditanya hihihi..Macam -macam ana berbual dengan emak.. Sampai sakit yang dirasai berkurangan..

Emak, angah nak final exam dah.. Emak doakan angah ye..

Ye..Emak selalu doakan. Kenapa suara anak emak lemah??


Eherm2 ana perbetulkan suara ana bagi hilang kemusyikalan fikirannya..
Ana tukar topik..

Emak, tadi angah dapat anugerah dekan..

Yeke.. Tahniah angah..Angah kena kuat..


Emak macam tahu je ana sedang lemah. Betullah naluri ibu itu kuat memahami anaknya. Adakala tidak pernah tersingkap dasar fikiran kita akan apa yang terbuku dihati ibu kita..Tapi begitulah kaya ibu dengan telepati perasaan anaknya..Lega sudah hati dengar suara emak abah. Inspirasi jihad ana. Ana bawa suara itu sampai lena dilayar malam..



Angah.. Nasi Goreng Cina satu...

Angah.. Nak Milo Blanded satu...


Esoknya..

Angah.. Nak nasi goreng..

Afiq nak nasi warna ape? Hitam? Merah? Kuning?

Nak warna kuning heeeee

Petang nanti angah masak cendawan goreng tau =)


Sebaris gigi ditayangnya..Insan yang selalu bermanja dengan ana. Terkenang suara kecil adik bongsu. Dia ingat ana ni chef ke? Tak mengapa dah tanggungjawab seorang kakak. Paling tak tahan kalau permintaan dia...

Angah.. Afiq nak masakan lauk special.. Afiq lapar..

Kadang-kadang penat melayan karenah permintaan adik-adik.. Tapi rasa puas bila tengok mereka makan..



Semua tunggu angah balik ye...Hiiii..

Saturday, April 3, 2010

Di Mana Letak Quran Pada Dirimu???

Tahniah di ucapkan kepada Barat serta gerakan yahudi laknatullah kerana sampai ke hari ini kamu semua telah Berjaya menjauhkan generasi belia muda dari Al-quran. Semakin hari semakin jauh. Ilmu yang di peroleh dari masyarakat remaja kini bukannya mendekatkan diri mereka pada ALLAH, tetapi semakin mendekatkan diri mereka dari azab api neraka dan kemusnahan tamadun ISLAM yang semakin hari kian runtuh. Ibarat hakisan tebing dan pasir di tepian sungai dan pantai.Sedikit-sedikit..lama-lama runtuh jua tebing itu.

Golongan muda hari ini semakin bahagia dengan ideology-ideologi buatan manusia.Semakin gembira dengan kehidupan yang penuh kebebasan yang di ciptakan oleh barat dan yahudi.Tahniah sekali lagi,wahai musuh ISLAM.Anda Berjaya kerana kelalaian kami sendiri.Anda Berjaya kerana kami sendiri yang menyingkirkan Al-Quran dari hati kami.

Semakin hari..semakin ramai teman seusia ana yang hanyut dengan cinta manusia bersulam nafsu dan bertopengkan syaitan. Dan semakin hari..semakin ramai kawan ana yang “terlupa” akan kain yang menutupi mahkota bernilai mereka. Semakin hari..semakin ramai teman ana yang ingin membuka pakaian mereka untuk tatapan manusia sejagat.Bahagianya mereka..

Suka untuk ana bertanya…berapa ramaikah dari kalian yang benar-benar mengetahui segala isi al-quran? Tahukah kalian di dalam al-quran ada segala garis panduan? Daripada cara menenangkan hati kepada cara untuk menakluk dunia?
Sedihnya hati ini melihat kalian begini.Wahai anak muda…..Titisan air mata ini hanyalah titisan kesedihan.Tidak sedikitpun mampu membantu kawan2 ana di luar sana.Mengapa anda maju sebegini sekali? Mengorak langkah yang lebih pantas.?Malah lebih pantas dari barat dan western….!

Sahabat….Anda punya maruah.. Sahabat..maruah anda itu sangat mahal. Ibarat permata di dalam kotak baldu.Di ukir dengan penuh ketelitian oleh PEREKA yang sangat mahir akan dirimu,di wujudkan pula manual dan juga peraturan dalam pengunaanmu,Di adakan sebuah kotak baldu yang indah untuk melindungimu daripada pandangan-pandangan pencuri dan penjenayah berhati gelap.Di sentuh dengan penuh kelembutan oleh PEREKA supaya tidak mencacatkan ukiranmu.Lalu,dikau dengan mudahnya merelakan si pencuri dan penjenayah merosakkanmu,dan dikau sendiri yang rela untuk lari dan meninggalkan kotak baldumu yang lembut,yang melindungi segala kecantikanmu hanya semata-mata ingin berasa bebas di luar sana.Dikau tidak kenal akan realiti dunia,duhai kawan.
Sahabat..dahulu kita bersama-sama. Menikmati juadah di kantin sekolah. Berborak dan bertukar pendapat. Kini…segalanya hanya tinggal kenangan..Sahabatku tidak lagi seperti dahulu.Tidak lagi sahabat yang memberi nasihat yang menenangkan hati dan jiwa.Bahkan kawanku di uji dengan dunia yang penuh tipu daya ini.



Inilah reality dunia “ISLAM” hari ini.Jika dahulu,zaman 50-an kurang sekali kelibat wanita-wanita bertudung,..mereka jahil tentang agama akibat penjajahan barat.Tetapi,adat melayu mereka kekalkan.Dan yang bertudung,mereka bertudung dan menutup aurat dengan sebenar-benarnya.Nilam agama ISLAM di pelihara.

Kini…
Dimana-mana sahaja wanita bertudung membonceng motosikal bersama kekasih pujaan hati.Dimana-mana sahaja wanita bertudung itu bercampur bebas dengan berlainan”gender”...

..HEBAT bukan..Hebat kan musuh kita..

Mereka Berjaya mengelirukan kita.Dengan berpakaian tudung,tetapi masih melakukan perkara mungkar.Hebat kan???

Hebat kan mereka…

Kita menutup aurat dengan sangat sempurna..tapi masih terjatuh dengan cinta “monyet” yang tidak tahu kepastiannya,sehinggakan kita sendiri yang menjadi fitnah kepada ISLAM..walaupun dengan lisan,kita mengatakan “ISLAM IS THE WAY OF LIFE”..Tetapi kita sendiri yang kononnya membawa dan mencerminkan pakaian seorang muslim kamil,menjadikan ISLAM sebagai mangsa fitnah..

Hebatkan mereka..

Berjaya mengubah persepsi penuntut-penuntut ilmu supaya belajar hanya untuk exam dan juga kerja tanpa sedikipun berniat untuk menyebarkan ilmu dan dakwah kepada manusia lain.Hanya bergoyang kaki dan menanti sesiapa sahaja datang untuk inginkan ilmu dan hidayah.

Sungguh,orang-orang yang menyembunyikan apa yang Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk setelah Kami jelaskan kepada manusia daam kitab(al-quran),mereka itulah yang dilaknat ALLAH dan dilaknat pula oleh mereka yang melaknat..”
al-Baqarah ayat 159

Adakah diri kalian sangat hebat sehinggakan mereka-mereka yang jahil itu perlu pergi kepadamu??Adakah diri kalian itu sangat hebat sehinggakan MENGHUKUM mereka itu pemalas!..keras hati!..tidak mahu mencari hidayah dan peluang!..sedangkan ALLAH dan rasul sendiri tidak pernah menghukum mereka sedemikian.

Tidakkah kalian tahu dan mengenal mereka?mereka yang jahil kerana kurannya penhayatan agama akibat dari kejayaan-kejayaan ideology barat yang merakus di dalam diri pemimpin.Akibat perang saraf buatan yahudi?

Dan kalian masih hanya menanti dan tidak inginkan rasa CINTA ALLAH itu bersama-sama subur di dalam hati-hati mereka?

Hebatkan mereka..

Jika dahulu seorang Panglima Kristian yang kalah di dalam perang SALIB setelah 100 tahun berusaha menawan telah berkata “Kita(kristian) tidak akan menang di dalam peperangan menentang ISLAM jika Umat Islam ini masih berpegang teguh pada Al-Quran dan sunnah”..Kini mereka telah buktikan kata-kata mereka.Mereka telah menjauhkan kita daripada pegangan al-quran yang suci.

Dan..berapa ramaikah dari kalian yang mengetahui bahawa ISLAM ini syumul?Yang merangkumi semua kehidupan.Tidak perlu memisahkan agama dengan apa-apapun..Yang bukannya mengambil ISLAM ketika upacara-upacara tertentu sahaja..Yang bukan untuk insane-insan yang berada di dalam kesusahan sahaja…???

“Wahai orang-orang yang beriman!Masuklah kamu ke dalam ISLAM secara KESELURUHAN,dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan.Sungguh,ia musuh yang nyata bagimu.”
Al-Baqarah ayat 208

Wahai Muslimin Muslimat tersayang..
Jauhnya kalian dari al-quran.Al-Quran yang mengajar cara hidup yang sempurna.Yang mengajar akhlak-akhlak ISLAM,yang mengajar berlapang dada dengan segala ujian yang telah di tetapkan,yang berlaang dada dengan jodoh pertemuan,yang mengajar ilmu masyarakat,yang mengajar erti persaudaraan,yang mengajar apa ertinya siang dan malam,yang mengajar apa ertinya sains dan teknologi,yang mengajar menjadi insan yang di hormati,yang terkadung akta-akta perlindungan wanita,yang terkandung akta-akta perlindungan bagi orang miskin dan juga fakir…dan bayak lagi.Tidakkah kalian berasa rugi akan kehilangan cahaya Al-Quran???

Ataupun kalian akan berasa kehilangan setelah tulisan al-Quran itu lenyap dari naskahnya?Dan hakikat sebenar tanda-tanda kiamat adalah apabila tulisan al-Quran hilang dari mushafnya.

Hilang yang sebenarnya bukanlah tulisan berdakwah hitam di atas lembaran kertas-kertas suci al-Quran.Hilang yang sebenarnya adalah apabila manusia tidak lagi mengendahkan segala ajaran al-quran.Semakin melupakan setiap bait kata nasihat dan panduan dari manual kehidupan yang suci itu.Semakin hari,peraturan dan nasihatnya terhakis.Dan apabila sampai masanya,manusia tidak lagi berpegang kepada Al-Quran ..lantas,nantikanlah hari pembalasan yang di janjikan-NYA!


p/s : dimana letaknya AL-quran?? adakah dihatimu atau sekadar di akalmu?? tepuk dada tanya amalanmu...

Thursday, April 1, 2010

.:Setulusnya Mahabbahku PadaMu:.


Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah you created everything.. We belong’s you…Betapa aku mahu.. Segala apa yang Engkau berikan pada diriku… Seringkali membuatMu kecewa.. Ntah mungkin adakalanya aku terlena sementara tetapi Engkau Yang Maha Penyayang beri aku kesempatan berulangkali agar aku kembali.. Kembali melihat kekuasaanMu..

Dalam fitrah sebagai manusia untuk menghambakanMu. Tiada apa yang ada pada diriku dihadapanMu. Aku ingin mencintaiMu setulusnya..Sebenar-benarnya aku mencintaiMu Ya Allah.. Meskipun cintaku tidak berbalas namun ku tetap tenang dalam menghadirkan cintaku padaMu Ya Allah.. Ku tahu bahawa cinta padaMu adalah cinta fitrah yang mana lebih kekal selamanya berbanding cinta manusia sesama manusia hanyalah cinta nafsu… Cinta manusia yang kaya dengan keinginan bermacam-macam.

Siapalah diriku nak dibanding dengan kekasihMu Muhammad S.A.W.. Malu ku terhadap setiap langkahku tidak seperti Baginda.. Ku ingin cahayanya kerana aku juga sebahagian dari umatnya.. Apakah aku layak?? Malu kerana aku kerana tidak punya apa-apa di hadapannya juga kelak. Selain berusaha aku bertawakal… Allahu Rabbi..

Dalam doa.. Dalam ucapan… Dalam setiap langkahku..

Aku selalu ingin mendekatiMu selamanya sehingga apa pun terjadi padaku..

Ku berharap untuk bertemu dengan Mu Ya Rabbi..

Tiap malam aku berdoa kerana diriku ini terus merasa bagai tanah lumpur yang bernoda.. Tiada bersih tapi penuh dengan cela.. Kita tidak tahu dan tidak dapat hitung dosa kita di dunia yang adakalanya tidak kita sedar. Dibanyak waktu aku tersalah hanya dosa yang terhampar.. Menitis airmata mengurai.. tak mampu hitung basahnya hanya mampu terlerai.. Dahi ku menjejak bumi sujud dirumahMu betapa ku berasa bersyukur atas nikmatMu yang terhijab dimataku…

Ya Allah… hanya Engkau yang layak ampuni hambaMu.. Tunjukkan cahaya…

Ya Allah Engkau satu yang Maha Kuasa.. PertolonganMu menyelamatkan aku…

Tiada daya aku untuk melangkah.. Bertemu denganMu.. Aku tak kuasa tapi kepada siapa lagi ku mohon selain kepadaMu Ya Allah…

Kembali aku… Hanya kepada Engkau jalanku pulang..

Dibanyak hari aku berdoa..sebut namaMu untuk mengingati agar tidak mengulang salah yang sama. Salah yang selalu berakhir dengan penyesalan…

Memanglah perhambaanku belum lagi sempurna ..Segala nilai ibadah masih terpatri duniawi.. Aku ingin mataku terhijab dengan keduniaan yang sementara… Pandu jasad, hati dan aqalku dengan cahaya lurusMu..

Ya Allah tetapkan imanku untuk terus dijalanmu.. Amin..

Sunday, March 7, 2010

...Natural Is My Way of Life...(^_^)

Muslimah yang amat ana kasihi...

Semakin canggih bumi yang nyata ditatih. Semakin canggih dirimu di awana kecantikanmu. Semakin canggih perhiasanmu melingkari tubuhmu. Semakin alpa dengan keduniaanmu. Semakin jauhkah dirimu dari Allah?? Na`uzubillah...
Bumi yang kita bertatih siang malam sentiasa berputar mengikut paksi yang ditentukanNya wahai muslimah.. Adakah kita mengikut paksi yang disyariatkan Allah muslimahku??.. Allahu Rabbi..

Ana mencoretkan buat tatapan muslimah kerana Ana sayang sangat muslimah.. Jangan dikau alpa dengan kemewahan kecantikanmu yang sementara..

"Wah..banyaknya alat make up.."
"Ada pertandingan make over ke?"...hiii
"Bukan..kami nak g dinner ni…dah lewat… tapi xtahu nak solek ni.. Mesti awak pandai pakai celak mata kn?"
(A? Soalan ape tu?)

Maaf sahabat ana tidak pakai sebarang make up.. Natural is my way of life.. Piiiiiss hiii... Bagi ana jika pakai make up ni macam pakai topeng ngeeee...
Muslimah..cantik lagi jika dirimu dihiasi dengan aura semulajadi yang hakiki pada dirimu...

"Eh..baju mu jarang nampak warna badan la… ce mu tutup sket.." (tutup banyak pun tak pe)
"Nampak badan mu tu..malu sket…" (malu lagi pada Allah)
"Tu hah tudung mu pung jarang…"
(No respon from her…)

“Kalau orang kedah kata.. Awat lagu ni..Cek tak ajaq pakai lagu niiiii..”

Muslimah yang dihormati..
Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.’
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Yang dimaksudkan disini ialah:
- Berpakaian nipis (jarang)
- Berpakaian ketat (mengikut bentuk tubuh)
- Berpakaian terbelah (membuka bahagian-bahagian tertentu)

‘ Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri orang-orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (yang labuh dan longgar) , yang denikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak akan diganggu. Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang’.
(Surah Al Ahzab ; 59)

‘ Wahai anakku Fatimah, adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.’ (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jagailah auratmu sayang muslimahku.. Nikmat yang tersembunyi pasti Allah akan turunkan jua.. Sayangilah dirimu kerana dirimu begitu berharga..Ingatlah muslimah syurga dan neraka adalah suatu kepastian.. Bila dikata pasti maka akan berlaku.. siapa kita nak menghitung bila harinya? Kata Allah "Kun Fayakun" (Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia.)

Wednesday, February 24, 2010

.:Pendirian Hidup Seorang Hamba:.

Kita semua ini adalah hamba... Hamba yang pinjam hak Allah di dunia ini yang sementara.. Apabila nilai-nilai ubudiyyah itu datang menjelma dalam kehidupan seseorang hamba, maka di sana akan berlaku perubahan dalam dirinya daripada menjadi seorang hamba yang tidak mempunyai pendirian hidup kepada seorang hamba yang mempunyai etika dan pegangan hidup.
Apakah pegangan hidup kita??? Ke arah dunia @ akhirat???

Juga, seorang hamba itu dia mampu mencorak-corak kehidupannya sendiri dengan membawa ramuan yang diambil dari syariat Ilahi..

Corak-corak ni bukan pertandingan mewarna ye.. (Naj jangan bergurau ngeeee =D)

Maka sudah tentu, apabila nilai-nilai ubudiyyah itu menguasai ruang lingkup kehidupannya, maka dia tetap menjadikan ketuhanan Allah sebagai batu asas atau akar tunjang dalam kehidupannya. Kisah pengabdian hidupnya kepada Allah akan diabadikan buat selama-lamanya dalam kehidupannya itu dan tidak mungkin mengubah atau mengubah..merombak pun tidak boleh atau membuat apa-apa bentuk pindaan dalam kehidupannya itu, kisah pengabdian hidupnya tetap sebati menjadi darah daging dengan ketuhanan Allah.

Yeah...Realiti dalam kehidupan ialah sebuah pengabdian..!!!

Dia tetap menjadi hamba Allah yang sentiasa bertaqwa kepadaNya, dia tetap menumpahkan taat setianya kepada perintah Allah, adapun perintah lain selain dari perintah Allah belum tentu harus di taati sehingga terbukti ianya tidak bercanggah dengan peraturan syariat. Dia selalu mengingati Allah setiap waktu, setiap pagi dan petang, siang dan malam. Ingatannya sentiasa tertumpu kepada Allah dan diiringi pula dengan doa memohon restu kepadaNya. Dia selalu beramal dan beribadat kepada Allah semata-mata untuk mencari keredhaanNya Allah.

Perasaan hati sanubari dan jiwa nuraninya kelihatan tenang apabila merenung kebesaran dan keagungan Allah dalam realiti penciptaanNya, perasaan degup jantungnya sentiasa berdetak dup..dap..dup...dap... memikirkan betapa kebesaran dan keagungan Allah ini tiada nilai dan tiada bandingannya dengan sesiapa pun di atas muka bumi ini. Demikian itu, nilai-nilai saluran nadinya untuk menyaksikan kehebatan Allah dalam penciptaanNya. Akhirnya, di sana dia dapat mencetuskan ketenangan dalam dirinya untuk membentuk panorama baru dalam kehidupan.

Firman AllahTa'ala:



الذين ءامنوا وتطمئن قلوبهم بذكر الله، ألا بذكر الله تطمئن القلوب

Yang bermaksud: "Orang-orang yang beriman dan tenang hati mereka mengingati Allah, ketahuilah! Dengan mengingati akan Allah bolah memberi ketenangan kepada hati" - Ar-Ra'd: 28.

Sahabat...

Perasaan hati sanubari dan jiwa nurani seseorang hamba yang mempunyai ketenangan dalam dirinya kepada Allah terlalu indah untuk diperkatakan, dia mempunyai sikap hati dan kelebihannya sendiri terhadap ketuhanan Allah untuk menyaksikan kekuasaan dan keagunganNya. Jiwa raganya sentiasa berada dalam keadaan tenang dengan nilai-nilai keimanan dan ketaqwaan diri, dia sentiasa meletakkan realiti yang ada dan perjalanan hidupnya untuk kembali ke pangkuan Allah, kerana pergantungan hidupnya sekarang ialah kepada Allah semata-mata.

Benarlah...!!!

Bahawa sikap hati seseorang hamba yang beriman sentiasa menyebut nama Allah, kerana itulah tugas dan tanggungjawab sebagai seorang hamba. Sebab itu, sikap hatinya tidak dapat dipengaruhi oleh mana-mana sumber yang datang dari luar ajaran Islam, pandangan dan pendapat yang menghentam ajaran Islam secara membabi buta serta apa saja bentuk pengaruh yang menyimpang dari kebenaran...

Siapakah dia????

Kita... jika kita sampai ketahap itu...

Thursday, February 18, 2010

Maulidurrasul Bakal Menjelang...


Assalamualaikum... Eh ayah dah balik..(si anak sambut kepulangan ayahnya)
.....
(ke ruang makan).....
Nak...makan buah dulu..ikut sunnah nabi..(kata ayah)
btul tu nak (ibunya mengiyakan...)


Heeee..ingat x iklan ni di siaran tv malaysia????

Dengan penuh kesungguhan ibunya menggiyakan agar sunnah diikuti tapi tidak sedar ibunya tidak menutupi auratnya... Sunnah diikuti tetapi wajib diketepikan???? What going on????
Apa kata non-muslim? Apa kata adik2 yang belum mumayyiz nnti??!
Allah...Sunnah ni buat dapat pahala, klu x buat maka xdapat la ape2... tapi macamner wajib?
Wajib ni klu buat mendapat ganjaran pahala, klu tidak buat dapat dosa alamatnya...

Dikala ana menulis ini buat tatapan akhawat yang ana sayangi, ana turut mengingatkan diri ana juga...Jika api yang kita rasa itu sakit kepanasan apalagi jika neraka yang berganda panasnya...

"Ada 2 golongan ahli neraka yang belum pernah aku melihatnya, iaitu kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi mereka bertelanjang (pakaian tidak menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang mereka berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. mereka tidak boleh masuk syurga bahkan tidak boleh mengidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh)"
(Hadith Riwayat Muslim)

Na'uzubillahi min zalik... Sama2 lah kita manfaatkan diri kita agar taqarrub kepada Allah... Jangan lupa selawat selalu ke atasNabi junjungan mulia kita Muhammad S.A.W...