BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 24, 2010

~P!nTu TaubaT TiDaK AkaN BerBicAra SeND!r!~


Masa tidak pernah berhenti menghitung kiraan usia segenap manusia. Muda menjadi tua….Itu adalah fitrah. Tua dalam kiraan usia merapatkan diri ke liang lahad. Semakin berusia, manusia sewajarnya semakin baik. Berusaha perbaiki kelemahan. Berikhtiar mencari jalan keluar dari penjara kemungkaran. Mehnah dari Allah itu bukan alasan untuk manusia terus terpenjara dalam belenggu dosa. Carilah jalan keluar daripadanya dalam usaha kita semua mencapai KESEMPURNAAN IMAN.

Tiada manusia yang sempurna. Namun,ana percaya…kesempurnaan itu boleh dilentur dari sikap dan peribadi manusia. Ujian itu hadirnya sebagai tarbiah dari Allah. Tarbiah buat diri untuk belajar dari kekhilafan menuju tingkat kehidupan yang lebih sempurna. Sempurna IMAN, sempurna peribadi…insyaAllah. Kerana itulah ana menegaskan…syukurilah ujian sebagai suatu nikmat KASIH SAYANG ALLAH semakin dekat dengan hambaNya. Benarkah ujian itu suatu nikmat? Ya…ana percaya bahawa ujian itu suatu NIKMAT dan RAHMAT ALLAH. Ana percaya…dalam hati kalian tersemat untuk menjadi insan yang terbaik.

Allah…ya Qadhiyal hajat sesungguhnya mendengar suara hati kalian. ALLAH mengenali di mana kelemahan setiap hambaNYA. Kerana itu, DIA menghadapkan mehnah yang sungguh menduga untuk manusia memperbaiki kelemahan-kelemahan itu. Perbaiki kelemahan…itu suatu usaha berguna untuk meletakkan diri di tangga terbaik di sisi Allah SWT dalam pada manusia menuju kesempurnaan. Tidakkah manusia menyedari hal ini?

Perbaikilah diri. Itu langkah menuju PINTU TAUBAT.Ana percaya…PINTU TAUBAT tidak pernah berkunci namun bakal terkunci suatu saat nanti. Jika dicari, Kuncinya pada HATI dan kesedaran manusia. PINTU TAUBAT juga tidak pula bersuara agar manusia yang berbuat mungkar kembali kepadanya. Paling tidak…PINTU HATI yang menegah mencegah manusia…”jangan buat ini. Allah murka”. Barangkali manusia tidak sedar bahawa hatinya perlu dirawat. Ketika mana hati itu sakit? Ketika manusia hilang ketenangan…ketika hatinya tidak lagi rasa berdosa sewaktu berbuat mungkar.

Saudaraku…ana kasihan melihat anda. Mengapa kalian pertikaikan bahawa TAUBAT itu sudah terlewat bagi kamu semua sebagai pendosa? Mari ana hamparkan pada anda, saudaraku…

Katakanlah, “Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kalian berputus asa dari RAHMAT ALLAH. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang…”
(Surah az-Zumar : Ayat 53)

Saudaraku…anda sedar anda berdosa. Kembalilah secepatnya kepada Allah Yang Maha Menerima Taubat. Persoalan terlewat untuk bertaubat itu adalah bisik-bisik Syaitan! Cukuplah anda tersesat kerananya. Cepatlah sedar. Allah SWT menantikan SUARA-SUARA TAUBAT anda semua. Itu kata-kata ALLAH yang dihamparkan pada hambaNya lewat WARKAH CINTA. Itu semua kata-kata ALLAH. Bukan sengaja ana cipta. Sungguh! Bukalah lembaran Furqan jika kalian ragu. Ana menyeru manusia untuk kita sama-sama memenuhi SYURGA yang penuh KENIKMATAN.

Ana percaya. Manusia pasti terus diuji Allah dalam pada mereka bertaubat dan kembali membawa diri menuju KESEMPURNAAN IMAN. Itulah kaffarah buat pendosa. Tolonglah saudaraku…sekali anda berusaha untuk menuju kebaikan, berkali-kali anda akan jatuh. Kejatuhan itu ujian buat kalian makin tabah. Seandainya kalian tabah sehingga ke penghujungnya, bermakna kalian success dalam 1 episod kehidupan. Maka, darjat kalian diangkat di sisi Tuhan…diangkat kerna kalian berjaya menaiki tingkat KESEMPURNAAN IMAN. SubhanAllah! Lihatlah bukti KASIH SAYANG ALLAH buat kalian yang dahulunya pendosa…namun, suatu saat nanti andalah antara hamba yang terbaik di sisi ALLAH. Ana percaya…anda mahu NIKMAT ini.

Ana sedar kalian adalah saudara ana. Dan kita akan dibangkitkan bersama di negeri abadi. Ana tidak rela ke syurga sendiri dengan meninggalkan anda di belakang yang belum pasti destinasi anda ke mana. Hanya 2! Jika tidak ke syurga bersama ana…pastilah ke neraka. Naudzubillahi min zalik! Dan ana menyeru ini untuk diri ana juga. Kerana ana tidak mahu ditinggalkan sendiri oleh anda tatkala kalian melewati pintu-pintu SYURGA ALLAH. Ana tidak sanggup! Sungguh ana takut pada azab dan seksanya! Ana mahu kita sama-sama ke SYURGA. Ana tidak mahu meninggalkan kalian sendiri apalagi untuk ditinggalkan. Ana menyeru agar kita sama-sama memenuhi SYURGA ALLAH. Bagaimana? Bermula saat ini. Bertaubatlah dan kembalilah anda untuk HIDUP BERSAMA ALLAH.

Nota Hati : Semoga Allah SWT tetapkan pendirian IMAN dalam hati dan sanubari kita. Sehingga terpancar cahaya keberkatan itu dalam sikap dan perlakuan kita. Ana setuju bahawa manusia tiada yang sempurna. Namun, fitrah manusia sering mencari kesempurnaan.

Semoga bermanfaat buat sahabat-sahabat~MySpace

~Hurul Jannah~
Perak,08.08 p.m.
12 Rejab 1431 H/24 Jun 2010

0 comments: