BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 24, 2010

.:Pendirian Hidup Seorang Hamba:.

Kita semua ini adalah hamba... Hamba yang pinjam hak Allah di dunia ini yang sementara.. Apabila nilai-nilai ubudiyyah itu datang menjelma dalam kehidupan seseorang hamba, maka di sana akan berlaku perubahan dalam dirinya daripada menjadi seorang hamba yang tidak mempunyai pendirian hidup kepada seorang hamba yang mempunyai etika dan pegangan hidup.
Apakah pegangan hidup kita??? Ke arah dunia @ akhirat???

Juga, seorang hamba itu dia mampu mencorak-corak kehidupannya sendiri dengan membawa ramuan yang diambil dari syariat Ilahi..

Corak-corak ni bukan pertandingan mewarna ye.. (Naj jangan bergurau ngeeee =D)

Maka sudah tentu, apabila nilai-nilai ubudiyyah itu menguasai ruang lingkup kehidupannya, maka dia tetap menjadikan ketuhanan Allah sebagai batu asas atau akar tunjang dalam kehidupannya. Kisah pengabdian hidupnya kepada Allah akan diabadikan buat selama-lamanya dalam kehidupannya itu dan tidak mungkin mengubah atau mengubah..merombak pun tidak boleh atau membuat apa-apa bentuk pindaan dalam kehidupannya itu, kisah pengabdian hidupnya tetap sebati menjadi darah daging dengan ketuhanan Allah.

Yeah...Realiti dalam kehidupan ialah sebuah pengabdian..!!!

Dia tetap menjadi hamba Allah yang sentiasa bertaqwa kepadaNya, dia tetap menumpahkan taat setianya kepada perintah Allah, adapun perintah lain selain dari perintah Allah belum tentu harus di taati sehingga terbukti ianya tidak bercanggah dengan peraturan syariat. Dia selalu mengingati Allah setiap waktu, setiap pagi dan petang, siang dan malam. Ingatannya sentiasa tertumpu kepada Allah dan diiringi pula dengan doa memohon restu kepadaNya. Dia selalu beramal dan beribadat kepada Allah semata-mata untuk mencari keredhaanNya Allah.

Perasaan hati sanubari dan jiwa nuraninya kelihatan tenang apabila merenung kebesaran dan keagungan Allah dalam realiti penciptaanNya, perasaan degup jantungnya sentiasa berdetak dup..dap..dup...dap... memikirkan betapa kebesaran dan keagungan Allah ini tiada nilai dan tiada bandingannya dengan sesiapa pun di atas muka bumi ini. Demikian itu, nilai-nilai saluran nadinya untuk menyaksikan kehebatan Allah dalam penciptaanNya. Akhirnya, di sana dia dapat mencetuskan ketenangan dalam dirinya untuk membentuk panorama baru dalam kehidupan.

Firman AllahTa'ala:



الذين ءامنوا وتطمئن قلوبهم بذكر الله، ألا بذكر الله تطمئن القلوب

Yang bermaksud: "Orang-orang yang beriman dan tenang hati mereka mengingati Allah, ketahuilah! Dengan mengingati akan Allah bolah memberi ketenangan kepada hati" - Ar-Ra'd: 28.

Sahabat...

Perasaan hati sanubari dan jiwa nurani seseorang hamba yang mempunyai ketenangan dalam dirinya kepada Allah terlalu indah untuk diperkatakan, dia mempunyai sikap hati dan kelebihannya sendiri terhadap ketuhanan Allah untuk menyaksikan kekuasaan dan keagunganNya. Jiwa raganya sentiasa berada dalam keadaan tenang dengan nilai-nilai keimanan dan ketaqwaan diri, dia sentiasa meletakkan realiti yang ada dan perjalanan hidupnya untuk kembali ke pangkuan Allah, kerana pergantungan hidupnya sekarang ialah kepada Allah semata-mata.

Benarlah...!!!

Bahawa sikap hati seseorang hamba yang beriman sentiasa menyebut nama Allah, kerana itulah tugas dan tanggungjawab sebagai seorang hamba. Sebab itu, sikap hatinya tidak dapat dipengaruhi oleh mana-mana sumber yang datang dari luar ajaran Islam, pandangan dan pendapat yang menghentam ajaran Islam secara membabi buta serta apa saja bentuk pengaruh yang menyimpang dari kebenaran...

Siapakah dia????

Kita... jika kita sampai ketahap itu...

0 comments: